fbpx

HALUAN

HALUANITA Putrajaya Sumbang Pek Makanan Pra-Aidil Fitri Kepada Keluarga Miskin

HALUANITA Putrajaya Sumbang Pek Makanan Pra-Aidil Fitri Kepada Keluarga Miskin

PUTRAJAYA, 4 April 2024 – Seramai 60 wakil keluarga kurang berkemampuan telah menerima bantuan program ‘Sumbangan Pek Makanan Sejuta Barakah’ dalam usaha HALUANITA Putrajaya meringankan beban wanita dan ibu-ibu tunggal daripada kalangan keluarga susah seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pengagihan sumbangan dilakukan di rumah-rumah penerima serta lokasi yang dipersetujui oleh penerima dan wakil. Seramai 16 …

Projek “Back 2 School” Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

Projek “Back 2 School” Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

SHAH ALAM, 4 Mac 2024 – Projek sumbangan “Back 2 School” yang dianjurkan oleh HALUAN dengan kerjasama Yayasan MATRI ternyata berkesan membantu murid B40 serta anak-anak keluarga ibu tunggal dalam membuat persediaan menyambut sesi tahun baharu persekolahan. Semalam telah berlangsung penyerahan bantuan itu di Sekolah Rendah Ibn Khaldun di sini. Majlis agihan sumbangan yang berlangsung …

Majlis Iftar RCEC Ceria Bersama Staf HALUAN dan NAMA Foundation

Majlis Iftar RCEC Ceria Bersama Staf HALUAN dan NAMA Foundation

SERI KEMBANGAN, SELANGOR, 4 Apr 2024 – Kehadiran pihak pengurusan tertinggi dan staf HALUAN serta NAMA Foundation dalam majlis iftar di Rohingya Community Educare Center (RCEC) di sini semalam sangat bermakna kepada para pelajar dan keluarga mereka. NAMA Foundation adalah sebuah yayasan yang diasaskan untuk memperkasakan sektor pendidikan dan organisasi masyarakat awam di seluruh dunia. …

Program Back2School Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

Program Back2School Bantu Pelajar B40 dan Anak Ibu Tunggal

KOTA BHARU, 18 Mac 2024 – Hampir 30 pelajar menerima manfaat kemudahan persekolahan dalam majlis penyampaian sumbangan melalui Program Back2School yang telah diadakan di Sekolah Rendah Ugama (SeRU) Al-Hilal, di sini semalam. Program Back2School anjuran HALUAN dan Yayasan MATRI itu bertujuan meringankan beban keluarga pelajar daripada golongan B40 serta anak-anak kepada ibu tunggal. Projek ini …

Sumbangan Bermakna Buat Rakyat Palestin Oleh Masjid Muhammadiah Ipoh

Sumbangan Bermakna Buat Rakyat Palestin Oleh Masjid Muhammadiah Ipoh

IPOH, 24 Mac 2024 – Masjid Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina di sini telah menyumbangkan dana yang besar melebihi RM20,000 kepada Tabung Kecemasan Gaza yang dikendalikan oleh HALUAN. Masjid berkenaan telah bersungguh-sungguh dalam menghidupkan perjuangan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Palestin dengan mengadakan kuliah-kuliah mengenai Palestin setiap bulan sejak Oktober 2023. Kuliah-kuliah berkaitan Masjid …

50 Bakal Guru Terima Bantuan Sempena Ramadan

50 Bakal Guru Terima Bantuan Sempena Ramadan

SEREMBAN, 23 Mac 2024 – Dewan Gymnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) di sini menjadi tempat pelaksanaan Program FreeMarket dan Sumbangan Asnaf Siswa Pendidik semalam. Program ini bertujuan memperkenalkan HALUAN di IPGKRM dengan berkolaborasi dalam aktiviti bersama alumni dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGKRM, serta memberikan sumbangan kuih raya dan wang tunai sempena …

“From Home to Jannah” Ikhtiar Mantapkan Keluarga Muslim

“From Home to Jannah” Ikhtiar Mantapkan Keluarga Muslim

PUTRAJAYA, 7 Mac 2024 – Seminar serta wacana yang dapat membuka ruang kepada peserta untuk mendalami isu-isu berkaitan kekeluargaan Islam agar terbentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera perlu mendapat perhatian. Ia penting untuk masyarakat membina institusi keluarga yang kukuh dan harmoni. Untuk itu, HALUAN menghantar wakilnya ke Seminar Keluarga Madani yang berlangsung di Auditorium JAKIM …

Runtunan Jiwa di Penghujung Projek EduConnect@GRIK

Runtunan Jiwa di Penghujung Projek EduConnect@GRIK

TASIK BANDING, GERIK, 28 Feb 2024 – Suatu pengalaman yang banyak menginsafkan dan membuka mata hati peserta mahasiswa daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menelusuri ekspedisi lima hari bersama orang asli Kampung Air Banun di sini dari 16 hingga 20 Februari lepas. Seribu satu kenangan dibawa pulang bersama ke kampus. “Ketika kami selesai majlis perasmian …

HALUAN Bantu UPM Jayakan Projek Kemasyarakatan EduConnect@GRIK

HALUAN Bantu UPM Jayakan Projek Kemasyarakatan EduConnect@GRIK

TASIK BANDING, GERIK, 21 FEB 2024 – Seramai 29 orang mahasiswa ditemani seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Projek EduConnect@Grik di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun dekat sini. Mereka dibantu 10 anggota sukarelawan HALUAN sebagai fasilitator bergilir di Kampung Air Banun dalam Rimba Belum, sekitar satu jam perjalanan dari pekan Gerik. Projek …

Bantuan Awal Persekolahan Untuk Mangsa Banjir

Bantuan Awal Persekolahan Untuk Mangsa Banjir

HULU DUNGUN, 14 Mac 2024 – Seramai 257 orang pelajar daripada lapan buah sekolah yang terjejas banjir di Hulu Dungun telah menerima bantuan awal persekolahan berbentuk kewangan untuk pembelian uniform dan alatan persekolahan. Bantuan awal ketika mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) telah disampaikan oleh ibu pejabat HALUAN dengan kerjasama HALUAN cawangan Pahang. Setelah …