HALUAN

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

KAHERAH, 24 Nov 2015 — Cara Menjadi CEO & Pengenalan Takaful di Malaysia menjadi tarikan kepada lebih 50 mahasiswa Malaysia di sini yang hadir ke program berkenaan hasil usahasama Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) dengan persatuan pelajar Sahabat Daulah (SD). Ia berlangsung pada 23 November lepas di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabie’. Sesi yang …

Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

LUBNAN, 24 Nov 2015 — 100 anak yatim Palestin dan Syria yang menumpang hidup di Kem Pelarian Ein al-Hilweh di Lubnan menerima sumbangan tajaan sara hidup mereka bagi bulan November 2015, dengan penuh rasa syukur dan terima kasih. Program tajaan sara hidup US$50 setiap orang bagi anak-anak yatim Palestin dan Syria yang dilancarkan secara kerjasama …

Remaja Buru Syurga di KMK Zon Perak

Remaja Buru Syurga di KMK Zon Perak

CHANGKAT JERING, PERAK, 24 Nov 2015 — Kem Minda Kreatif (KMK) Perak telah berlangsung daripada 21 hingga 22 November lepas di Perasa Autocamp di sini. Program anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dan Kelab Belia HALUAN Ipoh itu berjaya membimbing 41 orang peserta yang terdiri daripada 21 lelaki dan 20 orang remaja perempuan. KMK pada tahun …

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

AMMAN, JORDAN, 23 Nov 2015 — “Syukran Malaysia!” Inilah kalimat yang diucapkan pelarian rakyat Syria kepada HALUAN semasa Misi Kemanusiaan Warmth for Syria di Jordan. Pada tahun ini, HALUAN sekali lagi melancarkan kempen Warmth for Syria dengan kerjasama Kelab Siswa HALUAN Jordan dan juga Islamic Centre Charity Society (ICCS), sebuah NGO tempatan. Misi yang bermula …

HALUAN JB Tanyalah Ustaz

HALUAN JB Tanyalah Ustaz

JOHOR BAHRU, 22 Nov 2015 — Penceramah jemputan yang tidak asing lagi di kaca televisyen iaitu Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang merupakan penceramah di rancangan Tanyalah Ustaz dan Halaqah di TV9 mengisi ruang dakwah HALUAN Johor Bahru pada 19hb lepas. Ini sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan NGO berkenaan yang telah diadakan di salah sebuah rumah aktivis …

HALUAN Selangor Buka Bilik Gerakan Banjir

HALUAN Selangor Buka Bilik Gerakan Banjir

KUALA SELANGOR, 22 Nov 2015 – HALUAN Cawangan Selangor telah melancarkan bilik gerakan banjir negeri dan menghantar beberapa orang relawan ke pusat pemindahan banjir di Kuala Selangor bagi membantu mangsa banjir di sana. Lima orang relawan yang diketuai oleh Encik Muhammad Muzakkir Che Ani telah bergerak dari Shah Alam ke Pusat Pemindahan Banjir di SK …

Urban Survival 2.0 di United Kingdom

Urban Survival 2.0 di United Kingdom

SHEFFIELD, UK, 21 Nov 2015 — Program Urban Survival 2.0 telah berlangsung selama dua hari di Quaker Meeting House dan The Circle Sheffield baru-baru ini. Bertemakan “Back to the roots”, ia telah diadakan buat kali kedua membincangkan isu-isu permasalahan fiqh yang dihadapi pelajar muslim di United Kingdom umumnya dan di Sheffield khususnya. Program ini anjuran …

HALUANSiswa Mesir Anjur Ammi For Dentistry

HALUANSiswa Mesir Anjur Ammi For Dentistry

KAHERAH, 20 Nov 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir telah menganjurkan program khas “Ammi for Dentistry” pada 20 November 2015 di Markaz HALUANSiswa Mesir di sini. Program ini telah dihadiri lebih 20 orang peserta terdiri daripada mahasiswa fakulti pergigian Universiti Al-Azhar. Antara objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa pergigian tentang bahasa …

INSPIRASI Suntik Semangat Belajar

INSPIRASI Suntik Semangat Belajar

inspirasi-1KAHERAH, 20 Nov 2015 — Pastinya, terpancar cahaya kegembiraan serta kepuasan di wajah setiap graduan yang telah selesai menamatkan pengajian. Kejayaan yang diraih itu amat wajar dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain bagi merealisasikan semangat perkongsian dan perjuangan di medan ilmu. Atas faktor ini, Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah menganjurkan program Majlis Perkongsian Graduan …

Kunjungan Hormat ke UNHCR

Kunjungan Hormat ke UNHCR

KUALA LUMPUR, 20 Nov 2015 – HALUAN telah melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) Malaysia di Kuala Lumpur pada 19 November lalu untuk membina hubungan dua hala dalam soal kemasyarakatan. Wakil HALUAN diketuai Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN,Dr. Baharudin Suri serta Setiausaha Kerja Biro Relawan HALUAN, Encik Umar …