fbpx

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

KAHERAH, 24 Nov 2015 — Cara Menjadi CEO & Pengenalan Takaful di Malaysia menjadi tarikan kepada lebih 50 mahasiswa Malaysia di sini yang hadir ke program berkenaan hasil usahasama Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) dengan persatuan pelajar Sahabat Daulah (SD). Ia berlangsung pada 23 November lepas di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabie’.

Sesi yang dikendalikan oleh Encik Samin Senin ini berbentuk pencerahan dan ceramah, dikelolakan dengan interaksi dua hala yang sangat menarik dan informatif. Beliau memulai dengan hakikat sebenar seorang CEO, realiti di Malaysia, sehinggalah pengenalan takaful dan peluang serta manfaat berkecimpung dalam industri ini.Program diakhiri dengan sesi soal-jawab di antara penceramah dan peserta.

HALUANSiswa Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada persatuan Sahabat Daulah di atas kejayaan menjayakan program ini. Moga-moga kerjasama ini dapat berterusan bagi menebarkan manfaat secara lebih meluas kepada mahasiswa-mahasiswi bumi anbiya’ ini, insyaAllah.


Laporan Nur Imanina Shahrudin