Posts by: admin

Latihan Pengurusan Bencana Seliaan JPAM Perkasa Relawan HALUAN

Latihan Pengurusan Bencana Seliaan JPAM Perkasa Relawan HALUAN

BUTTERWORTH, 1 Mac 2014 – Pelbagai peritiswa yang berlaku dewasa ini khususnya peristiwa bencana alam, peperangan dan isu kemanusiaan memerlukan tenaga sukarelawan untuk tampil membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Sifat kesukarelawanan ini tidak mungkin terbit begitu sahaja tanpa niat, minat, ilmu dan kemahiran. Pelbagai usaha memperkasakan barisan para relawan HALUAN telah dirancang khusus bagi menepati …

UTeM dan HALUAN Lancarkan Misi Kemanusiaan Syria

UTeM dan HALUAN Lancarkan Misi Kemanusiaan Syria

SEPANG,14 Mac 2014 – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama HALUAN telah menghantar lima orang aktivis, dua orang dari HALUAN dan tiga orang dari UTeM, ke kem-kem pelarian Syria di Jordan bagi menyalurkan bantuan perubatan dan pakaian bagi menghadapi musim sejuk. Umat Islam Syria kini berada dalam kesusahan dan penderitaan akibat penindasan dari rejim Bashar …

Rekreasi Menguji Daya Ketahanan Pemuda HALUAN

Rekreasi Menguji Daya Ketahanan Pemuda HALUAN

WANG MU, PERLIS, 24 Feb 2014 – Generasi muda adalah aset kepimpinan masa hadapan bagi sesebuah organisasi berskala kecil mahupun besar. Bertitik tolak dari gagasan inilah, Biro Dakwah dan Outreach dan Biro Pemuda memanfaatkan semangat sinergi dengan mengadakan sebuah program khusus untuk kepimpinan muda HALUAN. Bertemakan “Menyubur Iman dan Ukhuwah, Memperteguh Organisasi Dakwah” satu program …

Warga UTeM Masih Peduli Isu Syria

Warga UTeM Masih Peduli Isu Syria

MELAKA, 10 Mac 2014 – Isu umat Islam di Syria yang sudah berlanjutan lebih kurang tiga tahun kian dilupai berikutan pelbagai isu semasa dalam dan luar negara yang dilihat lebih sensasi dan terkini. Namun bagi warga kerja dan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), isu Syria masih diberi perhatian khususnya dengan inisiatif penganjuran ceramah khusus …

Biro HALUANITA Johor Anjur Seminar Muhasabah Cinta

Biro HALUANITA Johor Anjur Seminar Muhasabah Cinta

KOTA TINGGI, 15 Mac 2014 – Biro HALUANITA Johor dengan kerjasama Kolej Profesional Mara (KPM) Bandar Penawar telah menganjurkan seminar Mahligai Impian Siri 1 2014 bertajuk “Muhasabah Cinta” dan bertemakan “Intai Cinta Menuju Jannah” pada 15 Mac di kolej berkenaan di Bandar Penawar. 15 orang ahli HALUANITA telah membantu menjayakan seminar tersebut dengan kerjasama ahli …

Majlis Penyerahan IPTIPs Kepada HALUAN Lancar

Majlis Penyerahan IPTIPs Kepada HALUAN Lancar

KANGAR, 14 Mac 2014 – Majlis Menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Institusi Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) berjalan dengan lancar dan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Tuan Azlan Man. Majlis yang bersejarah itu telah berlangsung di Dewan Anggerik 3, Hotel Seri Malaysia bermula jam 2.45 petang …

Relawan MKB13 Bersemangat Untuk Terus Berbakti

Relawan MKB13 Bersemangat Untuk Terus Berbakti

BANDAR BARU BANGI, 16 Feb 2014 – Rentetan dari Pasca Misi Kemanusiaan Banjir HALUAN 2013 (MKB13) yang lalu, satu majlis telah dianjurkan bagi meraikan para relawan yang telah memberikan khidmat bakti dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah. Tujuan utama majlis ini adalah untuk membuka ruang kepada para relawan yang terlibat secara langsung di dalam …

SUKHAL 2014 DiTangguh

SUKHAL 2014 DiTangguh

BANDAR BARU BANGI, 14 Mac 2014 – Karnival Sukan Nasional HALUAN (SUKHAL) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mac 2014 di Kompleks Sukan German Malaysia Institute (GMI), Bangi telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Menurut Ketua Biro Sukan Dan Rekreasi HALUAN, Abd Hafidz Hamzah, penangguhan terpaksa dilakukan kerana semakin teruknya masalah jerebu yang sedang melanda negara …

Kelab Siswa HALUAN Health Sciences Tingkatkan Kesukarelawanan Mahasiswa

Kelab Siswa HALUAN Health Sciences Tingkatkan Kesukarelawanan Mahasiswa

BANGI, 5 Mac 2014 – Mahasiswa mampu menjadi agen perubah yang besar kepada dunia kampus terutamanya dalam mewarnai menara gading dengan suasana kebaikan dan kesukarelawanan. Justeru itu, melalui platform Kelab Siswa HALUAN Health Sciences (HS²), pelajar-pelajar berlatarkan pengajian sains kesihatan bersinergi dalam memberikan khidmat bakti mereka. Bagi menyelaraskan dan menyusun gerak kerja ini, HS² telah …

Jalinan Mesra HALUAN – SAHABAT Berputik

Jalinan Mesra HALUAN – SAHABAT Berputik

SAHABAT-01KOTA KINABALU, 11 Mac 2014 – HALUAN Malaysia telah mengorak langkah untuk menjalinkan hubungan kerjasama mantap dua hala dengan Persatuan Saudara Baru Sabah (SAHABAT) yang bergiat melaksanakan aktiviti dakwah di negeri bawah bayu itu. Bersempena itu, suatu lawatan kerja rasmi telah dilancarkan dari 7 hingga 9 Mac lepas yang diketuai oleh Ketua Biro HALUANITA, Puan …