fbpx

SUKHAL 2014 DiTangguh

SUKHAL 2014 DiTangguh

SUKHAL 2014 DiTangguh

BANDAR BARU BANGI, 14 Mac 2014 – Karnival Sukan Nasional HALUAN (SUKHAL) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mac 2014 di Kompleks Sukan German Malaysia Institute (GMI), Bangi telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Menurut Ketua Biro Sukan Dan Rekreasi HALUAN, Abd Hafidz Hamzah, penangguhan terpaksa dilakukan kerana semakin teruknya masalah jerebu yang sedang melanda negara buat masa ini. Indeks pencemaran udara (IPU) sepanjang seminggu ini menjelang hari sukan tersebut mencatatkan bacaan skala Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat bagi kebanyakan kawasan. Ini dibimbangi akan membawa masalah kesihatan yang teruk kepada hampir 600 orang peserta kontinjen yang dijadualkan tiba dari seluruh negara.

Pada waktu berita ini ditulis, kadar bacaan pada 13 Mac untuk negeri Selangor telah menjadi semakin teruk daripada skala 196 IPU di sebelah pagi kepada 233 pada waktu petang, terutamanya untuk kawasan Pelabuhan Kelang dan Shah Alam yang ditakrifkan sebagai Habuk Halus yang sangat membahayakan jika disedut dalam kuantiti yang banyak. Jarak pandangan di sekitar Shah Alam dan Pelabuhan Kelang telah merudum ke satu kilometer sahaja. Namun, keseluruhan bacaan untuk negeri Selangor semuanya menunjukkan bacaan pada kadar Tidak Sihat dan tidak sesuai untuk beraktiviti luar.

Cuaca kering kemarau sekarang selain berjerebu juga menyulitkan kerana bekalan air dicatu bagi seluruh negeri Selangor. Faktor ini juga diambil kira dalam menangguhkan program sukan tersebut. Pihak pengurusan HALUAN Pusat memohon maaf kepada semua ahli-ahli sukannya dan akan memaklumkan tarikh baru untuk karnival tersebut melalui laman web rasminya.


Laporan Unit mediaHALUAN