fbpx

Kelab Siswa HALUAN Health Sciences Tingkatkan Kesukarelawanan Mahasiswa

Kelab Siswa HALUAN Health Sciences Tingkatkan Kesukarelawanan Mahasiswa

Kelab Siswa HALUAN Health Sciences Tingkatkan Kesukarelawanan Mahasiswa

BANGI, 5 Mac 2014 – Mahasiswa mampu menjadi agen perubah yang besar kepada dunia kampus terutamanya dalam mewarnai menara gading dengan suasana kebaikan dan kesukarelawanan. Justeru itu, melalui platform Kelab Siswa HALUAN Health Sciences (HS²), pelajar-pelajar berlatarkan pengajian sains kesihatan bersinergi dalam memberikan khidmat bakti mereka.

Bagi menyelaraskan dan menyusun gerak kerja ini, HS² telah melangsungnya Mesyuarat Agung HS² bagi sesi 2014/2015 pada 1 Mac lepas.

Antara tujuan mesyuarat tersebut adalah melantik Majlis Tertinggi HS² yang baru bagi sesi 2014/2015 serta merangka takwim aktiviti.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Penasihat HS², Dr Siti Mariam Sheikh Ahmad yang menekankan kepentingan konsep ‘Alim Mujahid’ iaitu kecemerlangan dan kesungguhan dalam semua bidang, dalam usaha menggerakkan dakwah dan sikap kesukarelawanan kampus.

“Untuk memperolehi barakah dalam semua aktiviti kemasyarakatan mahasiswa, kita memerlukan kepada keikhlasan dan iman yang mantap di kalangan ahli. Bukan semata-mata berseronok melakukan kebajikan tetapi kita harus lahirkan mahasiswa yang memahami tuntutan Islam agar apa yang dibuat itu bertukar menjadi ibadah. Maka dakwah pelajar itu seharusnya digerakkan oleh pelajar sendiri agar bila mereka beraktiviti, mereka tahu menjaga batasan syarak,” pesan Dr Siti Mariam mengobarkan lagi semangat mahasiswa untuk terus aktif dan dinamik dalam gerak kerja kampus.

Mesyuarat kemudian diteruskan oleh ucapan alu-aluan oleh Encik Muhammad Ihsan Zakaria, Presiden HS² 2012/2014 dan beliau seterusnya membubarkan Majlis Tertinggi HS² sesi 2012/2014.

Hasil daripada mesyuarat kali ini, beberapa program bermanfaat telah dirancang yang bermatlamatkan memupuk semangat untuk berbakti dan menyemarakkan lagi aktiviti kesukarelawanan. Mesyuarat diakhiri dengan sedikit perkongsian pengalaman daripada wakil-wakil pembimbing Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) iaitu Pengerusi KKH, Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa, Dr Suraiya Ibrahim, dan Dr Nusaibah Mutmainnah Azmi.

Berikut adalah Jawatankuasa HS² bagi sesi 2014/2015:

Majlis Tertinggi
Presiden: Ahmad Ashraf Ilman Zulbahri
Timbalan Presiden: Safwah Adyani Nik Zainal Rasyid
Setiausaha: Maryam Nadiah Mohamad Suhor
Bendahari: Syed Ahmad Islami Syed Mohd Khair

Ahli Jawatankuasa

Exco Media:
Wan Asilah Wan Mohd Badruddin
Wan Aliff Wan Idris

Exco Hubungan Luar:
Mohd Nazrin Isa
Syazwani Hamdan

Exco Antarabangsa:
Khubaib Imaduddin Fauzi
Nadhirah Sakinah Rosman


Laporan oleh Maryam Nadiah Mohamad Suhor, Setiausaha HS²