Posts by: admin

Kariah Masjid Andalusia Prihatin Isu Palestin

Kariah Masjid Andalusia Prihatin Isu Palestin

SUNGAI PETANI, 4 Oktober 2013 — Penderitaan rakyat Palestin dan perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis tetap mendapat perhatian dan sokongan rakyat Malaysia. Ini dibuktikan oleh ahli kariah Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok yang telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Palestin HALUAN melalui Jawatankuasa Masjid. Sumbangan tersebut telah diserahkan selepas selesai solat Jumaat …

Biro HALUANITA Laksana Korban di Sabah

Biro HALUANITA Laksana Korban di Sabah

BANDAR BARU BANGI, 15 Oktober 2013 — Biro HALUANITA dengan kerjasama HALUAN Cawangan Sabah akan mengadakan program korban bersama masyarakat di Sabah pada Hari Raya Aidiladha tahun ini. Program akan diadakan di dua tempat iaitu di Masjid Kg Tagupi di Lahad Datu dan Kem Bimbingan Modal Insan (KBI) yang terletak di Kunak 3 di mana …

Keluarga Sakinah Bukan Impian Semata

Keluarga Sakinah Bukan Impian Semata

PUTRAJAYA, 10 Oktober 2013 — Membina dan memupuk sebuah mahligai bahagia yang berkekalan adalah aspirasi setiap insan yang berada dalam pernikahan. Memahami hasrat itu, Masjid Putra, Putrajaya telah berganding bahu dengan HALUAN untuk mengadakan Konvensyen Keluarga Sakinah 2013. Konvensyen pada 6 Oktober dengan sokongan gandingan Biro HALUANITA serta Kelab Siswa HALUAN tersebut mendapat sambutan yang …

Medik & Paramedik Meriahkan 3M

Medik & Paramedik Meriahkan 3M

BANGI, 24 September 2013 — Lebih 100 mahasiswa bidang perubatan, pergigian dan paramedik telah menjayakan program sehari Motivasi Minda Medik (3M) siri ke-2 dengan motto “Memperkasakan Semangat Kesukarelawan” pada 22 September lepas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Program anjuran Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) dengan kerjasama Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) itu berjaya menarik penyertaan yang agak ramai …

SKEMA XII Gencar Mahasiswa Jadi Pemimpin Rabbani

SKEMA XII Gencar Mahasiswa Jadi Pemimpin Rabbani

BANGI, 29 September 2013 – Seminar Kesejahteraan Mahasiswa (SKEMA) kembali lagi meneruskan legasi, buat penganjuran kali ke-12 di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kali ini dengan membawa tema “Mahasiswa Rabbani Menjana Kepimpinan Ummah”, seminar ini telah berjaya menarik seramai hampir 400 orang mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dari institusi pengajian tinggi di sekitar …

SEMAI Meneroka Modal Insan Gen Y

SEMAI Meneroka Modal Insan Gen Y

PENGKALAN CHEPA, 28 September 2013 — Seminar Pembangunan Modal Insan ke-5 (SEMAI 2013) telah dianjurkan oleh Biro Pengajian Tinggi HALUAN dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) bertempat di KTD, Kelantan, Sabtu lalu. Acara tahunan ini bertema “Meneroka Modal Insan Generasi Y” cuba mengupas dan membincangkan tentang Generasi Y yang dikenali sebagai Millennial atau Generasi Internet, …

HALUAN Mantapkan Aspek Kesetiausahaan

HALUAN Mantapkan Aspek Kesetiausahaan

BANDAR BARU BANGI, 30 September 2013 — Kursus Kesetiausahaan HALUAN (Siri 1) telah dihadiri 40 orang peserta yang berlangsung di Ibu Pejabat HALUAN bermula 27 hingga 29 September yang lepas. Peserta terdiri daripada setiausaha yang berkhidmat dengan HALUAN dari semua peringkat termasuklah cawangan, biro dan kelab HALUAN. Bengkel telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung HALUAN, Encik …

KHIDMAH: Kerjasama Erat Manfaatkan Penduduk Pinggiran Batu Caves

KHIDMAH: Kerjasama Erat Manfaatkan Penduduk Pinggiran Batu Caves

KHIDMAH-IntroBATU CAVES, 21 Sept 2013 – Lebih 300 orang penduduk sekitar Pinggiran Batu Caves telah disantuni oleh ahli-ahli HALUAN dalam program Khidmat Kemasyarakatan (KHIDMAH) 2013. KHIDMAH 2013 telah dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Ahli Majlis Zon 9 Majlis Perbandaran Selayang, Biro Pemuda HALUAN dan Surau al-Kahfi Pinggiran Batu Caves. Kerjasama erat ini memungkinkan penduduk pelbagai …

HALUAN Fitrah Gesa Tangani Mualaf Secara Intrinsik

HALUAN Fitrah Gesa Tangani Mualaf Secara Intrinsik

NILAI, 8 Sept 2013 — Setiap kelompok sasaran dakwah baik mualaf atau non-Muslim perlu ditangani secara intrinsik kerana setiap kelompok berkenaan ada keunikannya tersendiri. Para da’ie yang ingin membantu membawa mereka kepada kehidupan Islam perlulah memahami aspek-aspek kebudayaan etnik dan keagamaan asal mereka. Aspek-aspek tarbiyah ruhiyah sangat penting dititikberatkan kepada mereka dan disampaikan dengan kaedah …

Pihak Berkuasa Agama dan NGO Perlu Bergandingan

Pihak Berkuasa Agama dan NGO Perlu Bergandingan

NILAI, 8 Sept 2013 — Masanya sudah tiba untuk diwujudkan gandingan lebih serius dan bersifat kekal berjangka panjang di antara JAKIM, Majlis Agama Islam negeri-negeri, Jabatan-Jabatan agama, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, dengan NGO-NGO yang berdakwah di lapangan. Pengerusi Kelab Fitrah HALUAN (HALUAN Fitrah), Dr Jamaluddin James Laeng Abdullah berkata usaha bersepadu dengan koordinasi yang baik …