fbpx

Biro HALUANITA Laksana Korban di Sabah

Biro HALUANITA Laksana Korban di Sabah

Biro HALUANITA Laksana Korban di Sabah

BANDAR BARU BANGI, 15 Oktober 2013 — Biro HALUANITA dengan kerjasama HALUAN Cawangan Sabah akan mengadakan program korban bersama masyarakat di Sabah pada Hari Raya Aidiladha tahun ini. Program akan diadakan di dua tempat iaitu di Masjid Kg Tagupi di Lahad Datu dan Kem Bimbingan Modal Insan (KBI) yang terletak di Kunak 3 di mana terdapat sekolah anak-anak fakir miskin yang dikelola oleh HALUAN dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Sebanyak lapan ekor lembu dari HALUANITA akan dikorbankan di sana.

Objektif utama program adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara masyarakat Semenanjung dan masyarakat Sabah dengan cara berbakti kepada fakir miskin sesuai dengan moto HALUAN “Berakhlak, Mendidik Dan Berbakti.”

Program kali ini mensasarkan golongan fakir miskin daripada golongan warga emas dan ibu tunggal sekitar kawasan Lahad Datu dan Kunak 3. Delegasi dari Semenanjung seramai 25 orang ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Turut serta dalam program ini adalah kepimpinan HALUANITA iaitu Puan Alfiah Samigan, Puan Salmah Yono, Puan Syarifah Zubaidah, Puan Samsiah Saidin dan Puan Siti Mahmudah Samingan.

HALUANITA telah mengumpul sebanyak 37 helai telekung serta wang tunai berjumlah RM2500 untuk diagihkan kepada keluarga miskin dan duit hari raya kepada lebih 200 orang kanak-kanak pada hari program nanti.

Cik Munirah Nazihah binti Yasni, pelajar tahun tiga jurusan Fiqh Fatwa Universiti Sains Islam Malaysia yang ditemuramah sangat teruja mendapat peluang menyertai program ini.

“Program sebegini sangat bermanfaat kerana dapat menimba pengalaman di tempat orang disamping mendedahkan pelajar kepada realiti masyarakat miskin di Sabah,” ujar Munirah Nazihah.


Laporan oleh Alfiah Samingan