fbpx

HALUAN Mantapkan Aspek Kesetiausahaan

HALUAN Mantapkan Aspek Kesetiausahaan

HALUAN Mantapkan Aspek Kesetiausahaan

BANDAR BARU BANGI, 30 September 2013 — Kursus Kesetiausahaan HALUAN (Siri 1) telah dihadiri 40 orang peserta yang berlangsung di Ibu Pejabat HALUAN bermula 27 hingga 29 September yang lepas.

Peserta terdiri daripada setiausaha yang berkhidmat dengan HALUAN dari semua peringkat termasuklah cawangan, biro dan kelab HALUAN. Bengkel telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung HALUAN, Encik Mohd Ghani Salleh.

Beliau dalam ucapannya memuji peranan cemerlang yang diambil oleh semua setiausaha dan kecemerlangan ini mesti diteruskan kearah mencapai visi dan misi HALUAN.

“Kursus ini bertujuan untuk memberi dan meningkatkan kefahaman mengenai ruang lingkup tugas dan tanggungjawab setiausaha yang berkhidmat dengan HALUAN. Selain itu ia bermaksud juga untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam aspek kesetiausahaan,” katanya.

Kursus selama tiga hari ini meliputi beberapa modul menarik antaranya; Pengurusan Mesyuarat Efektif, Peranan dan Skop Tugas Setiausaha Dalam Organisasi, Perlembagaan HALUAN, Pengurusan Acara Islami, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Media dan Pengurusan Geran Kerajaan.

Sistem Email Rasmi HALUAN turut dilancarkan dalam majlis penutup kursus ini.


Laporan oleh mediaHALUAN