fbpx

Kariah Masjid Andalusia Prihatin Isu Palestin

Kariah Masjid Andalusia Prihatin Isu Palestin

Kariah Masjid Andalusia Prihatin Isu Palestin

SUNGAI PETANI, 4 Oktober 2013 — Penderitaan rakyat Palestin dan perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa daripada cengkaman rejim Zionis tetap mendapat perhatian dan sokongan rakyat Malaysia.

Ini dibuktikan oleh ahli kariah Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok yang telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Palestin HALUAN melalui Jawatankuasa Masjid. Sumbangan tersebut telah diserahkan selepas selesai solat Jumaat oleh Tuan Imam, Ustaz Burhanuddin Wahab kepada HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan yang diwakili oleh Encik Abdul Halim Khudri.

Setiausaha masjid, Encik Abdul Ghani Mat Saman, menerangkan bahawa jemaah Masjid Andalusia sering melakukan kutipan-kutipan derma untuk membantu masyarakat Islam yang ditimpa musibah sama ada dalam atau luar negara. Semua kutipan-kutipan itu disalurkan kepada penerima melalui NGO-NGO Muslim yang menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan.

Ketika berucap bagi pihak HALUAN, Abdul Halim telah memberikan penerangan ringkas kepada para hadirin tentang aktiviti-aktiviti kebajikan HALUAN membantu umat Islam yang ditimpa musibah di dalam dan luar negara. Antara aktiviti terkini oleh HALUAN adalah penghantaran pasukan-pasukan relawan untuk Program Ibadah Korban dan sumbangan kemanusiaan kepada pendududuk-penduduk di Syria, Somalia, Palestin, India, Kemboja dan Myanmar.


Laporan oleh En. Abdul Halim