fbpx

Jom! Sertai Konvensyen Belia Relawan HALUAN

Jom! Sertai Konvensyen Belia Relawan HALUAN

Jom! Sertai Konvensyen Belia Relawan HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 23 Oktober 2013 — Bertemakan “Belia Bersinergi, Pemangkin Perubahan”, HALUAN akan menganjurkan Konvensyen Belia Relawan HALUAN (KOBAR) pada 2 dan 3 November 2013 nanti, bertempat di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Menurut Pengarah KOBAR, En. Hasri Ahmad, “Konvensyen pada kali ini, lebih besar, lebih menarik dan lebih mantap.”

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan dalam konvensyen ini, “Iman dan Ukhuwah Pemangkin Perubahan”, “Hijrah dan Realiti Pemuda”, “Erti Hidup dalam Berakhlak, Mendidik dan Berbakti”.

Turut diadakan, forum khas buat para peserta wanita, “Forum Pembangunan Wanita”, membariskan 4 panelis wanita yang pakar dalam bidang masing-masing. Prof Madya Dr. Zulaiha, pakar dalam bidang IT, Pn. Fatimah Syarha, pakar dalam bidang Deeniyah, Pn. Ezura Nashuha, pakar undang-undang, Dr. Siti Maryam, pakar perubatan.

Dengan sasaran 2000 peserta pada tahun ini, Konvensyen Belia Relawan HALUAN mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama merasai gegaran KOBAR pada tahun ini.

Konvensyen ini terbuka kepada semua terutamanya golongan belia dan siswa siswi yang cenderung untuk berkecimpung dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan, berumur dari 18 hingga 40 tahun.

Ayuh, daftar sekarang di http://kobar.haluan.org.my

Jumpa anda di sana!


Laporan oleh Sekreteriat KOBAR 2013