fbpx

KHIDMAH: Kerjasama Erat Manfaatkan Penduduk Pinggiran Batu Caves

KHIDMAH: Kerjasama Erat Manfaatkan Penduduk Pinggiran Batu Caves

KHIDMAH: Kerjasama Erat Manfaatkan Penduduk Pinggiran Batu Caves

KHIDMAH-IntroBATU CAVES, 21 Sept 2013 – Lebih 300 orang penduduk sekitar Pinggiran Batu Caves telah disantuni oleh ahli-ahli HALUAN dalam program Khidmat Kemasyarakatan (KHIDMAH) 2013.

KHIDMAH 2013 telah dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Ahli Majlis Zon 9 Majlis Perbandaran Selayang, Biro Pemuda HALUAN dan Surau al-Kahfi Pinggiran Batu Caves. Kerjasama erat ini memungkinkan penduduk pelbagai lapisan masyarakat mendapat manfaat yang besar daripada program yang telah dilaksanakan.

Program bermula awal pagi dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Wafiq Bin Desa. Melalui penyampaian yang bertajuk “Mencontohi kehidupan Rasulullah SAW dalam realiti kini.”

Majlis perasmian KHIDMAH yang bermula jam 8.30 pagi dimulai dengan ucapan Ketua Biro Pemuda HALUAN, Tuan Haji Hasri Bin Ahmad disusuli oleh ucapan Pengerusi Jawatankuasa Surau al-Kahfi, Tuan Haji Zulkifli Bin Majid dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang, Tuan A Rahim Bin Ahmad Kasdi.

KHIDMAH-PengerusiSurau KHIDMAH-HasriKHIDMAH-YBKHIDMAH-AhliMajlis

Majlis perasmian KHIDMAH 2013 telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, YB Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan. Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Hasbullah mengalu-alukan penganjuran KHIDMAH 2013 dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para penganjur program.

“Saya mengharapkan agar melalui program seumpama ini, taraf kehidupan masyarakat sekitar dapat ditingkatkan menerusi aktiviti-aktiviti keilmuan dan kebajikan yang telah dirancang oleh penganjur-penganjur,” ujar beliau dalam ucapannya.

Seruan tersebut ternyata tepat pada masanya. Ini adalah kerana terdapat banyak program-program keilmuan dan kebajikan yang telah disusun sepanjang KHIDMAH 2013, antaranya program motivasi pelajar rendah, motivasi pelajar menengah dan seminar keibubapaan yang dikendalikan oleh Biro Pemuda HALUAN.

Program motivasi pelajar rendah “Smart Solat” telah dikendalikan oleh Ustaz Ali Noor Atif Bin Anuar yang menekankan tentang kesedaran kepentingan solat sebagai tiang agama dan disusuli dengan praktikal solat yang betul.

Sementara itu, pengendali Program Motivasi Pelajar Menengah, Mohd Razali Bin Maarof telah berjaya menyuntik semangat dan motivasi yang tinggi pada para peserta untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarga dan masyarakat. Usaha tersebut bagaimanapun perlu bermula dengan melakukan perubahan diri secara total sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Program Seminar Keibubapaan pula dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Zuhdi Bin Mamat yang dibantu oleh Dr Suhaimi Shariff selaku moderator. Penyampaian mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri para peserta.

Ustaz Abdullah Zuhdi telah mengupas tajuk “Mengelak kesilapan dalam mendidik anak-anak” disertai dengan tips-tips keibubapaan yang berkesan. Ibu bapa telah diberi kesedaran bahawa pendidikan Islam yang sebenar adalah satu-satunya cara dan kaedah untuk mendidik anak-anak menjadi insan-insan yang berakhlak dan berjaya di dunia dan akhirat.

Setiap peserta seminar pulang dengan buku-buku sumbangan PTS Bookcafe Sdn Bhd.

Motivasi Menengah