HALUAN

Kem Pesona Untuk Anak-anak Asnaf

Kem Pesona Untuk Anak-anak Asnaf

SUBANG JAYA, 07 Okt 2023 – Haluanita Negeri Sembilan bersama Musollah Az-Zahra, Subang Jaya telah berganding melaksanakan Kem Personaliti Remaja Putri atau dikenali sebagai Kem PESONA buat 34 orang anak-anak asnaf perempuan yang berumur 13 hingga 16 tahun di sini. Kem Pesona ini bertujuan membina akhlak, jati diri serta memotivasi anak-anak asnaf ini agar mereka …

Politeknik Seberang Perai – HALUAN Meterai Perjanjian Kolaborasi

Politeknik Seberang Perai – HALUAN Meterai Perjanjian Kolaborasi

PERMATANG PAUH, SEBERANG PERAI, 10 Okt 2023 – HALUAN Malaysia telah menandatangani Certificate of Collaboration (COC) dengan Politeknik Seberang Perai. HALUAN diwakili Ketua Biro Kebajikan, Encik  Abdul Halim Khudri, manakala politeknik berkenaan oleh Pengarahnya, Puan Roseliza Shaari. Dalam COC ini, pihak HALUAN akan bekerjasama dengan pihak politeknik dalam perundingan latihan, kepakaran, peralatan dan kemudahan fasiliti …

Majlis Akad Nikah Berkumpulan Pasangan Pengantin Orang Asli

Majlis Akad Nikah Berkumpulan Pasangan Pengantin Orang Asli

SUNGAI DUA, SEBERANG PERAI, 6 Okt 2023 – HALUAN sebagai sebuah NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan sentiasa melaksanakan program kebajikan secara berterusan. Projek Pembangunan Minda dan Sosio Ekonomi Penduduk Orang Asli, RPS Air Banun, Gerik adalah salah satu projek kemanusiaan jangka panjang. Satu majlis akad nikah secara berkumpulan untuk tujuh pasangan penduduk orang …

Solidariti: Presiden HALUAN Rayu Masyarakat Bantu Palestin

Solidariti: Presiden HALUAN Rayu Masyarakat Bantu Palestin

ISTANBUL, 8 Okt 2023 — Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, merayu semua ahli HALUAN dan masyarakat Malaysia umumnya menzahirkan solidariti membantah keganasan berterusan rejim zionis terhadap penduduk Palestin. Semalam, pejuang Palestin di Gaza melancarkan serangan mengejut “Taufan al-Aqsa” ke wilayah yang dijajah di kawasan sempadan Gaza, mengakibatkan jumlah kematian dan kecederaan yang sangat …

HALUANITA Negeri Sembilan Gabung Bantu Asnaf Pra-IPT

HALUANITA Negeri Sembilan Gabung Bantu Asnaf Pra-IPT

SEREMBAN, 23 Sept 2023 – Dua puluh anak-anak bakal pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40 diraikan di Surau Nasimul Hikmah, Sri Pulai di sini semalam. Majlis berkenaan diadakan dengan kolaborasi HALUANITA Negeri Sembilan bersama Surau Nasimul Hikmah, Sri Pulai. Setiap penerima token diberikan sebuah beg cenderahati HALUAN bersama wang …

Guru Tadika PPMI Sabah Ikuti Kursus Program Alim Soleh

Guru Tadika PPMI Sabah Ikuti Kursus Program Alim Soleh

LAHAD DATU, SABAH, 20 Sep 2023 – Tugasan guru tadika bukanlah satu kerjaya yang mudah. Ia memerlukan kefahaman ilmu dan kesabaran yang tinggi. Ditambah pula cabaran berada di tempat yang terpencil dan jauh dari pembangunan. Berikutan itu, pihak Alim Soleh telah menganjurkan Kursus Guru Kurikulum Program Alim Soleh di Tadika Dinamik, Lahad Datu yang melibatkan …

Sukarelawan HALUAN dan Politeknik KPT Sertai Projek Kemasyarakatan di Thailand

Sukarelawan HALUAN dan Politeknik KPT Sertai Projek Kemasyarakatan di Thailand

BANDAR BARU BANGI, 13 Sep 2023 – HALUAN sebagai sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan, sentiasa bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan semua pihak atau agensi yang ingin melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam dan luar negara. Pada 1 September lepas, 33 orang pensyarah dan pelajar yang mendaftar sebagai relawan HALUAN daripada …

Majlis Cuppa Tea Peringati Al Aqsa

Majlis Cuppa Tea Peringati Al Aqsa

BANDAR BARU BANGI, 10 Sept 2023 – Majlis ‘Cuppa Tea and Book Launch’ telah berlangsung semalam di Bangi Golf Resort sebagai kesinambungan program ‘Road 2 Baitul Maqdis 2.0’ yang dianjurkan oleh HALUAN Malaysia dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim cawangan Kuala Lumpur (KTDKL). Majlis tersebut telah dihadiri seramai 270 orang. Majlis bertemakan ‘Sepetang Mengenali Al Aqsa’ merupakan …

Pemuda Orang Asli Belajar Selenggara Mesin Rumput

Pemuda Orang Asli Belajar Selenggara Mesin Rumput

AIR BANUN, GERIK, 10 Sept 2023 – Seramai lapan orang pemuda dari Kampung Air Banun dan Kampung Sungai Raba di sini telah melalui Kursus Penyelenggaraan Mesin Rumput yang dianjurkan oleh HALUAN cawangan Pulau Pinang semalam. Kursus separuh hari teori dan praktikal itu bertujuan mendidik orang asli cara yang betul untuk menjaga mesin mereka masing-masing agar …

Sukarelawan Sertai Kursus KitaMATCH Foundation

Sukarelawan Sertai Kursus KitaMATCH Foundation

AMPANG, SELANGOR , 29 Ogos 2023 – Sukarelawan HALUAN bersama beberapa rakan NGO telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh KitaMATCH Foundation bertempat di Common Grounds Ampang di sini. Kursus ini adalah medan latihan kepada semua NGO yang terlibat untuk mempelajari sistem yang dibina oleh KitaMATCH. Ia sebagai sebuah platform demi memudahkan kerjasama koordinasi antara NGO …