fbpx

Sukarelawan HALUAN dan Politeknik KPT Sertai Projek Kemasyarakatan di Thailand

Sukarelawan HALUAN dan Politeknik KPT Sertai Projek Kemasyarakatan di Thailand

Sukarelawan HALUAN dan Politeknik KPT Sertai Projek Kemasyarakatan di Thailand

BANDAR BARU BANGI, 13 Sep 2023 – HALUAN sebagai sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan, sentiasa bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan semua pihak atau agensi yang ingin melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam dan luar negara.

Pada 1 September lepas, 33 orang pensyarah dan pelajar yang mendaftar sebagai relawan HALUAN daripada beberapa politeknik seluruh negara telah menjalankan project CSR di Masjid Ladprow, Bangkok, Thailand. Mengikut pengarah project CSR tersebut, Ustaz Mohd Fazlon Abdul Rahim, tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang dan juga latihan serta pengalaman kepada para relawan dalam melaksanakan projek kemasyarakatan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau yang juga pensyarah Politeknik Seberang Perai berkata berbagai aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan dengan penglibatan ahli kariah masjid tersebut. Antara aktiviti adalah perkongsian budaya masyarakat Malaysia dengan mengadakan pameran pakaian etnik Sarawak, demonstrasi membuat kraf membuat geronong, demonstrasi membuat tanjak bagi masyarakat Melayu dan juga perkongsian ilmu dengan membentangkan penggunaan Kit Jenazah Assalam oleh Ustaz Mohd Fazlon.

Acara lain termasuk aktiviti mewarna untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Sambutan pihak sekolah amat baik dengan penglibatan setiap aktiviti yang dijalankan. Pihak sekolah yang diwakili oleh Dr Sumate Sujariyawong yang juga merupakan imam Masjid Emaratuddeen Ladprao sangat berterima kasih atas kesudian pihak HALUAN untuk berkolaborasi dengan mereka.

Para peserta juga melahirkan kesyukuran kerana berpeluang untuk menyertai program kemasyarakatan yang dianjurkan di peringkat antarabangsa. Peserta di kalangan pelajar amat teruja dan berharap dapat mengikuti lagi program sebegini pada masa akan datang.


Laporan Abdul Halim Khudri
Biro Kebajikan HALUAN