fbpx

Sukarelawan Sertai Kursus KitaMATCH Foundation

Sukarelawan Sertai Kursus KitaMATCH Foundation

Sukarelawan Sertai Kursus KitaMATCH Foundation

AMPANG, SELANGOR , 29 Ogos 2023 – Sukarelawan HALUAN bersama beberapa rakan NGO telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh KitaMATCH Foundation bertempat di Common Grounds Ampang di sini.

Kursus ini adalah medan latihan kepada semua NGO yang terlibat untuk mempelajari sistem yang dibina oleh KitaMATCH. Ia sebagai sebuah platform demi memudahkan kerjasama koordinasi antara NGO yang berada di lapangan dan pengagihan barangan secara efisien kepada mangsa ketika berlakunya bencana.

Kursus ini juga dapat membantu menambahbaik serta memudahkan sistem laporan yang terkini, ringkas serta padat.

HALUAN Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Laporan Biro Misi Kemanusiaan

HALUAN Malaysia