fbpx

Pemerkasaan Peranan Wanita Dalam Mendidik Generasi Berilmu

Pemerkasaan Peranan Wanita Dalam Mendidik Generasi Berilmu

Pemerkasaan Peranan Wanita Dalam Mendidik Generasi Berilmu

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2023 – Lebih 150 peserta daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan jabatan Kerajaan telah hadir di program anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) Social Talk Siri Ke- 7 yang bertajuk “Wanita dan Pembentukan Malaysia Madani” di sini.

HALUAN Malaysia telah diwakili dua wakil daripada Biro Wanita dan Pembangunan Keluarga (Haluanita) merangkap Ketua Biro Haluanita, Dr Zurina Muda, dan Setiausaha Kerja 2 Haluanita, Cik Nur Farhana Abdul Pata. ISM juga telah menampilkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Nancy Shukri, dan Menteri Pendidikan YB Puan Fadhlina Sidek, sebagai panelis, serta Puan Fahda Ahmad Kamal sebagai moderator semasa sesi temubual pada kali ini.

“If you teach a man, you teach a man, but if you teach a woman, you teach a nation,” itulah bait kata yang dipetik oleh Puan Fadhlina menerangkan kepentingan peranan wanita dalam pendidikan generasi masa hadapan. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau di perkampungan orang asli di Pulau Beluru dan membentangkan kepentingan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) dalam usaha bagi mengatasi keciciran pendidikan buat anak-anak orang asli.

Datuk Nancy pula menyebut mengenai usaha kerajaan dalam membentuk suasana kerja yang mesra wanita atau ‘Women-friendly’ kepada kaum hawa di negara ini. Beliau juga menasihati bahawa “women should help each other, not challenge each other to achieve whatever goal you want to achieve” bermaksud wanita harus saling bekerjasama, bukan saling cabar-mencabar dalam usaha mencapai sesuatu matlamat. Beliau menegaskan kepentingan kesatuan dan kerjasama antara wanita biar sesama badan kerajaan atau bukan kerajaan bagi mencapai hasrat negara Malaysia Madani.

Laporan Nur Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja 2, Biro HALUANITA