fbpx

HALUANITA Negeri Sembilan Gabung Bantu Asnaf Pra-IPT

HALUANITA Negeri Sembilan Gabung Bantu Asnaf Pra-IPT

HALUANITA Negeri Sembilan Gabung Bantu Asnaf Pra-IPT

SEREMBAN, 23 Sept 2023 – Dua puluh anak-anak bakal pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40 diraikan di Surau Nasimul Hikmah, Sri Pulai di sini semalam. Majlis berkenaan diadakan dengan kolaborasi HALUANITA Negeri Sembilan bersama Surau Nasimul Hikmah, Sri Pulai.

Setiap penerima token diberikan sebuah beg cenderahati HALUAN bersama wang sumbangan daripada pihak Surau Nasimul Hikmah serta orang awam. Pemberian token kepada anak-anak ini bertujuan meringankan beban ibu bapa mereka yang perlu menyediakan keperluan asas sebelum mereka memasuki alam IPT.

Selain itu juga, pihak penganjur telah adakan ‘Free Market’ di ruang legar surau berkenaan. Barang yang tersedia adalah pakaian terpakai yang masih dalam keadaan baik yang disumbang oleh masyarakat yang prihatin.

Anda juga boleh membantu usaha kebajikan HALUAN ini dengan menderma ke akaun:
TABUNG KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN HALUAN
No. Akaun: 562263502611
Bank: Maybank Islamic Berhad


Laporan Nurul Farhana Abdul Pata
Setiausaha Kerja 2, Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga