fbpx

Politeknik Seberang Perai – HALUAN Meterai Perjanjian Kolaborasi

Politeknik Seberang Perai – HALUAN Meterai Perjanjian Kolaborasi

Politeknik Seberang Perai – HALUAN Meterai Perjanjian Kolaborasi

PERMATANG PAUH, SEBERANG PERAI, 10 Okt 2023 – HALUAN Malaysia telah menandatangani Certificate of Collaboration (COC) dengan Politeknik Seberang Perai. HALUAN diwakili Ketua Biro Kebajikan, Encik  Abdul Halim Khudri, manakala politeknik berkenaan oleh Pengarahnya, Puan Roseliza Shaari.

Dalam COC ini, pihak HALUAN akan bekerjasama dengan pihak politeknik dalam perundingan latihan, kepakaran, peralatan dan kemudahan fasiliti di samping kerjasama yang lain. HALUAN memberi penumpuan kepada pelaksanaan program Tanggung Jawab Sosial Korporat oleh organisasi, swasta, kerajaan, IPT dan lain-lain. HALUAN akan turut membantu daripada segi latihan dan bimbingan untuk tenaga pekerja atau pelajar melaksanakan kerja kerja amal dan kebajikan di lapangan.

Sebagai sebuah NGO berdaftar yang menumpukan kepada aktiviti kebajikan dan kemanusiaan sejagat, HALUAN sentiasa membuka peluang dan kerjasama dengan semua pihak, sama ada daripada kerajaan, swasta, agensi, NGO dan pihak-pihak lain yang berkecimpung dalam sektor  kebajikan dan kemanusiaan merentasi sempadan negara, agama atau bangsa. 

Selain daripada HALUAN, ada 15 buah organisasi lain terdiri daripada pemain industri dan perniagaan yang turut menandatangani kolaborasi seumpamanya. Majlis diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Penutupan Program SEA Work Integrated Learning.

—–

Laporan Biro Kebajikan
HALUAN cawangan Pulau Pinang