fbpx

Majlis Akad Nikah Berkumpulan Pasangan Pengantin Orang Asli

Majlis Akad Nikah Berkumpulan Pasangan Pengantin Orang Asli

Majlis Akad Nikah Berkumpulan Pasangan Pengantin Orang Asli

SUNGAI DUA, SEBERANG PERAI, 6 Okt 2023 – HALUAN sebagai sebuah NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan dan kemanusiaan sentiasa melaksanakan program kebajikan secara berterusan. Projek Pembangunan Minda dan Sosio Ekonomi Penduduk Orang Asli, RPS Air Banun, Gerik adalah salah satu projek kemanusiaan jangka panjang.

Satu majlis akad nikah secara berkumpulan untuk tujuh pasangan penduduk orang asli Kampung Air Banun telah berlangsung semalam. Majlis anjuran Pejabat Agama Islam Gerik itu dilaksanakan oleh Naib Kadi, Ustaz Khalit Hasan. Untuk menjayakan majlis tersebut, pihak HALUAN telah menyumbang sebanyak RM500 untuk persiapan majlis jamuan tengahari untuk pasangan mempelai serta penduduk kampung.

Majlis turut dihadiri oleh Bendahari HALUAN Pulau Pinang, Encik Zulkifli Ismail, serta Ketua Biro Kebajikan HALUAN, Encik Abdul Halim Khudri. Menurut Zulkifli, dana untuk majlis jamuan itu adalah hasil sumbangan orang ramai kepada Tabung Pembangunan Minda dan Sosio Ekonomi RPS Orang Asli Air Banun.

Fasilitator majlis, Ustaz Bahari Abd Latif, yang juga mubaligh Jabatan Agama Islam Perak yang ditugaskan menjaga hal ehwal Islam orang asli setempat berkata, pihak beliau sentiasa memantau dan membimbing penduduk kampung untuk memahami, menghayati dan mematuhi syarak.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Menurut timbalan Tok Batin, Encik Dalong, penduduk kampung amat teruja dan berterima kasih kepada semua pihak yg berusaha menyantuni penduduk kampung di sana.

—–

Laporan Biro Kebajikan
HALUAN cawangan Pulau Pinang