HALUAN

Jom ke Konvensyen Wanita 2015 – Percuma 22 November Ini

Jom ke Konvensyen Wanita 2015 – Percuma 22 November Ini

BANDAR BARU BANGI, 5 Nov 2015 — Muslimah serta pasangan tidak kira dari mana saja dijemput menghadiri Konvensyen Wanita 2015 pada hari Ahad 22 November ini di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya. Program seharian penuh bermakna ini dianjurkan oleh Biro HALUANITA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tema “Keluarga Rabbani Keluarga Bahagia”. Kemasukan adalah …

Kelab Sebagai Platform Gilap Potensi Diri

Kelab Sebagai Platform Gilap Potensi Diri

KAHERAH, 6 Nov 2015 — Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Pengenalan HALUANSiswa Mesir pada 6 November 2015 yang lalu di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi’, Kaherah. Lebih 50 orang ahli HALUANSiswa Mesir telah menghadiri atur cara ini secara aktif serta penuh komited. Objektif utama program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan …

Ukhuwah Musim Luruh di Southampton

Ukhuwah Musim Luruh di Southampton

SOUTHAMPTON UK, 3 Nov 2015 – Musim yang silih berganti mempamerkan kekuasaan Allah SWT selaku Pencipta dan Pentadbir alam ini. Ketika musim luruh yang keemasan kunjung tiba, HALUAN UK EIRE telah mengadakan program bersama komuniti Malaysia Southampton, bertempat di University of Southampton, England pada 31 Oktober lepas. Program ini telah menghimpunkan lebih 50 peserta bersama …

Korban Palestin Dan Syria Dilunaskan

Korban Palestin Dan Syria Dilunaskan

GAZA, 2 Nov 2015 — Amanah korban sempena Aidiladha lepas yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia melalui HALUAN telah dilunaskan di sekitar Gaza, Jabaliyah, Beit Hanoun, Deir Al Balah, Rafa dan Khan Yunis. Lebih 1,000 ekor kambing yang dikorbankan di Gaza melalui beberapa NGO dari Turki, Indonesia, Maghribi, Qatar dan UAE yang menyertai korban pada …

Intervensi Anak Yatim EPU-HALUAN di Kedah

Intervensi Anak Yatim EPU-HALUAN di Kedah

SUNGAI PETANI, 1 Nov 2015 — Satu lagi program di bawah kendalian HALUAN Cawangan Kedah telah dijalankan di Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi di sini pada 30 dan 31 Oktober lepas. Program keempat di Zon Satu ini merupakan modul kepimpinan di bawah kendalian Cikgu Shahid Amin Che Abdullah dan pasukannya yang merupakan tenaga pengajar di Maahad …

HALUAN Sabah Bantu 152 Pelajar Mangsa Kebakaran Simunul

HALUAN Sabah Bantu 152 Pelajar Mangsa Kebakaran Simunul

SEMPORNA, 30 Okt 2015 – HALUAN Sabah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Semporna telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan kepada 152 pelajar mangsa kebakaran Simunul pada 23 Oktober lepas bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna. Bantuan ini adalah insiatif HALUAN bagi membantu dan meringankan segala kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa akibat dari musibah yang menimpa …

P. Pinang Bersatu Kutuk Pencerobohan Baitul Muqaddis

P. Pinang Bersatu Kutuk Pencerobohan Baitul Muqaddis

SEBERANG JAYA, 30 Okt 2015 — Penderitaan rakyat Palestin dan protes terhadap kepungan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh rejim teroris Zionis tetap mendapat perhatian berterusan rakyat Malaysia dari segenap lapisan. Sebuah Sekretariat Kempen Menyelamatkan Al Quds Peringkat Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh gabungan NGO-NGO Islam yang turut disertai oleh HALUAN cawangan Negeri Pulau Pinang. …

Jom Hangatkan Mangsa Perang Syria

Jom Hangatkan Mangsa Perang Syria

JORDAN, 29 Okt 2015 – Di pinggir Kem Pelarian Zaatari, 50 km daripada ibu negara Amman, dua anak kecil berlari-lari cemas di celahan timbunan pasir. Mereka mengutip kayu api di sekeliling kem yang mereka duduki untuk dijadikan bekalan menghadapi musim sejuk yang semakin hampir. Kesejukan yang melampau memaksa mereka untuk mencari kayu api untuk dijadikan …

Kedutaan Malaysia di Turki Sanjung Peranan HALUAN

Kedutaan Malaysia di Turki Sanjung Peranan HALUAN

ANKARA, 22 Okt 2015 — Kedutaan Malaysia di sini amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan HALUAN dalam program kebajikan dan pembangunan pelajar Malaysia di Turki. Dalam satu kunjungan hormat ke pejabat kedutaan di sini diketuai oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, Duta Malaysia Dato’ Amran Mohamed Zin melahirkan rasa besar hati untuk bekerjasama …

HALUAN Jalin Persefahaman Dengan Dua Universiti Turki

HALUAN Jalin Persefahaman Dengan Dua Universiti Turki

ISTANBUL, 23 Okt 2015 — HALUAN terus melangkah maju dalam usaha berbakti kepada masyarakat, kali ini khusus untuk golongan siswazah dengan termeterainya persefahaman dengan institusi pendidikan tinggi di Turki. Perjanjian persefahaman dengan dua buah universiti di Istanbul itu, iaitu Marmara Üniversitesi dan Fatih Sultan Mehmet Vakıf Üniversitesi, akan sekaligus meluaskan peranan HALUAN untuk membantu pembangunan …