fbpx

Intervensi Anak Yatim EPU-HALUAN di Kedah

Intervensi Anak Yatim EPU-HALUAN di Kedah

Intervensi Anak Yatim EPU-HALUAN di Kedah

SUNGAI PETANI, 1 Nov 2015 — Satu lagi program di bawah kendalian HALUAN Cawangan Kedah telah dijalankan di Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi di sini pada 30 dan 31 Oktober lepas. Program keempat di Zon Satu ini merupakan modul kepimpinan di bawah kendalian Cikgu Shahid Amin Che Abdullah dan pasukannya yang merupakan tenaga pengajar di Maahad Tarbiyyah Islamiah (MATRI).

Seramai 40 orang peserta mengikuti program ini; 16 lelaki dan 24 perempuan. Anak-anak yatim yang terlibat datang daripada pelbagai pusat dan asrama anak yatim sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Modul Kepimpinan yang dilaksanakan bertujuan untuk mengajar anak-anak yatim untuk memupuk asas-asas kepimpinan atas konsep kehambaan kepada Allah SWT agar bertanggungjawab dalam menggalas amanah yang diberikan kepada mereka.


Laporan Ahmad Faris Zakaria, sukarelawan HALUAN