fbpx

Jom ke Konvensyen Wanita 2015 – Percuma 22 November Ini

Jom ke Konvensyen Wanita 2015 – Percuma 22 November Ini

Jom ke Konvensyen Wanita 2015 – Percuma 22 November Ini

BANDAR BARU BANGI, 5 Nov 2015 — Muslimah serta pasangan tidak kira dari mana saja dijemput menghadiri Konvensyen Wanita 2015 pada hari Ahad 22 November ini di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya.

Program seharian penuh bermakna ini dianjurkan oleh Biro HALUANITA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tema “Keluarga Rabbani Keluarga Bahagia”. Kemasukan adalah percuma tetapi terhad kepada 300 orang sahaja.

Ini adalah kali ke-5 HALUANITA menganjurkan konvensyen yang sentiasa mendapat sambutan hangat ini. Objektif konvensyen kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepentingan penghayatan Surah al-Fatihah dalam kehidupan. Di samping itu, penganjur ingin mengajak masyarakat mendidik serta menjadikan keluarga masing-masing sebagai sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Kehadiran tidak terhad kepada wanita sahaja. Malahan semua pemuda-pemudi, pasangan suami-isteri, ibu bapa, pengurus tadika dan individu perseorangan yang berminat dijemput hadir untuk memanfaatkan peluang dan perkongsian ilmu yang berguna utk kehidupan berkeluarga.

Di antara pembentangan yang bakal menarik minat ramai adalah “Penghayatan al Fatihah Dalam Kehidupan” oleh Dr Aishah Dollah dan “Mari Membentuk KeluargaSakinah Mawaddah wa Rahmah” oleh Encik Rosdi Baharom.

Program kali ini akan turut diserikan dengan majlis perasmian penutupan dan graduasi serta penyampaian Sijil Guru Little Abd Programme (LAP) kepada pengurus-pengurus tadika modul LAP oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman.

Jemput beramai-ramai ke Dewan Auditorium Masjid Putra, Putrajaya, pada Ahad 22 November ini!


Laporan oleh Dr. Zurina Muda, Koordinator Program Konvensyen Wanita 2015