fbpx

Korban Palestin Dan Syria Dilunaskan

Korban Palestin Dan Syria Dilunaskan

Korban Palestin Dan Syria Dilunaskan

GAZA, 2 Nov 2015 — Amanah korban sempena Aidiladha lepas yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia melalui HALUAN telah dilunaskan di sekitar Gaza, Jabaliyah, Beit Hanoun, Deir Al Balah, Rafa dan Khan Yunis.

Lebih 1,000 ekor kambing yang dikorbankan di Gaza melalui beberapa NGO dari Turki, Indonesia, Maghribi, Qatar dan UAE yang menyertai korban pada tahun ini. Korban rakyat Malaysia yang turut serta melalui HALUAN sebanyak 44 ekor kambing telah dikorbankan di sana. Seramai 1,171 buah keluarga telah memperolehi manfaat daripadanya.

Di Syria, lebih seribu ekor yang disertai oleh NGO-NGO dari Malaysia, Indonesia, Turki, Qatar, Maghribi, UAE dan Oman. Manakala HALUAN turut menyertai korban di daerah Daraa sebanyak 18 ekor disitu. Jumlah keseluruhan lebih kurang 500 ekor dikorbankan untuk manfaat seramai 500 buah keluarga di sana melibatkan beberapa NGO lain. Manakala di daerah Ghutoh Syarqiyyah pula sebanyak 500 ekor dikorbankan, HALUAN turut serta dalam ibadah korban di sini dengan 12 ekor dan lebih kurang 286 keluarga yang mendapat agihan daging korban tersebut.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyertai korban di Palestin dan Syria melalui HALUAN. Semoga Allah SWT jua memberkati dan memberi ganjaran kepada mereka yang menyertai ibadah korban kali ini.

Walaupun harga kambing tinggi di Palestin dan Syria, masyarakat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyertai korban di Palestin dan Syria. Mereka di sana sangat memerlukan korban dari kita semua kerana di sana sangat sukar memperolehi makanan, dua atau tiga hari baru memperolehi makanan.

Keadaan di Gaza masih lagi dalam suasana perang dan dikenakan sekatan oleh Israel dan Mesir sehingga mereka agak sukar menjalani kehidupan seharian. Rumah-rumah yang telah di bom pada tahun 2014 masih tidak dapat dibangunkan kerana tiada bahan-bahan binaan yang dapat di bawa masuk ke Gaza.

Manakala di Syria keadaan masih lagi huru-hara. Tentera rejim Bashar Asad masih menyerang kampung-kampung di sekitar Damshiq, Hama, Hom dan Alepo. Keadaan kian runcing apabila tentera IS dan pakatan dari Rusia, China dan Iran menyukarkan lagi rakyat Syria untuk menjalani kehidupan seharian.


Laporan oleh Muhammad Musab Saari, SUK Biro HALUAN Palestin