fbpx

Posts Tagged: HALUANITA

Relawan HALUANITA Turut Berbakti Kepada Mangsa Banjir

Relawan HALUANITA Turut Berbakti Kepada Mangsa Banjir

TIM3C-01KUANTAN, 8 Dis 2013 — Rentetan daripada bencana banjir yang berlaku di pantai timur Semenanjung, pasukan HALUANITA tidak melepaskan peluang untuk turun berbakti di lapangan bersama ratusan relawan yang lain. Misi Kemanusiaan Banjir 2013 (MKB13) membuka medan sebenar kepada relawan untuk mengaplikasikan aspirasi HALUAN iaitu berakhlak, mendidik dan berbakti dengan menyantuni masyarakat yang ditimpa musibah, …

Biro HALUANITA Laksana Korban di Sabah

Biro HALUANITA Laksana Korban di Sabah

BANDAR BARU BANGI, 15 Oktober 2013 — Biro HALUANITA dengan kerjasama HALUAN Cawangan Sabah akan mengadakan program korban bersama masyarakat di Sabah pada Hari Raya Aidiladha tahun ini. Program akan diadakan di dua tempat iaitu di Masjid Kg Tagupi di Lahad Datu dan Kem Bimbingan Modal Insan (KBI) yang terletak di Kunak 3 di mana …

Keluarga Sakinah Bukan Impian Semata

Keluarga Sakinah Bukan Impian Semata

PUTRAJAYA, 10 Oktober 2013 — Membina dan memupuk sebuah mahligai bahagia yang berkekalan adalah aspirasi setiap insan yang berada dalam pernikahan. Memahami hasrat itu, Masjid Putra, Putrajaya telah berganding bahu dengan HALUAN untuk mengadakan Konvensyen Keluarga Sakinah 2013. Konvensyen pada 6 Oktober dengan sokongan gandingan Biro HALUANITA serta Kelab Siswa HALUAN tersebut mendapat sambutan yang …

Biro HALUANITA Ziarah Fakir Miskin

Biro HALUANITA Ziarah Fakir Miskin

KLANG, 1 Ogos 2013 — Sempena Ramadhan 1434 Hijrah, Biro HALUANITA Unit Klang telah mengadakan Program Ziarah Ramadhan bertempat di Kampung Jalan Kebun, Klang. Program satu hari ini dijalankan pada hari Ahad, 28 Julai yang lalu bermula 10.00 pagi dan berakhir pada 1.30 petang. Seramai sepuluh orang wakil Biro HALUANITA terlibat dalam program pada kali …

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

SHAH ALAM, 11 Dis 2012 – Sifat keibuan dan kelembutan kewanitaan memang terserlah. Biro Haluanita yang merupakan sayap wanita HALUAN telah bekerjasama dengan Biro HALUAN Palestin dalam projek Tabung Kecemasan Gaza yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Bertemakan “Hentikan Air Mata Gaza” program ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan Plaza …

Syurga Menanti Keluarga Yang Bahagia

Syurga Menanti Keluarga Yang Bahagia

SKUDAI, 10 Dis 2012 – Mahasiswa UTM di sini berpeluang menikmati wacana khas Mahligai Impian 2012 yang telah memaparkan kesantunan hidup berumahtangga secara Islami sebagai teras menggapai syurga. Wacana seharian pada 9 Disember anjuran Biro HALUANITA Negeri Johor ini dihadiri sekitar 130 orang peserta terdiri daripada pelajar UTM dan ahli-ahli HALUAN. Menurut Pengarahnya, Pn. Hjh. …

HALUANITA Pulau Pinang Anjur Wanita Jadi Sihat

HALUANITA Pulau Pinang Anjur Wanita Jadi Sihat

BUKIT MERTAJAM, 30 Nov 2012 – Wanita harus menjaga kesihatan diri untuk memupuk keharmonian rumahtangga dan ini boleh dicapai dengan senaman yang cukup serta cara pemakanan yang seimbang lagi menyihatkan. Untuk mengajak wanita pelbagai umur agar berganjak ke arah kehidupan yang lebih sihat, HALUANITA Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Program Jom Sihat Bersama …

PESONA Kembali Lagi !!

PESONA Kembali Lagi !!

BANDAR BARU BANGI, 11 Nov 2012 — Tahniah kepada HALUANITA kerana telah berjaya menganjurkan Kem Personaliti Remaja Putri (PESONA) kali ke-15 dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya. Program yang berlangsung selama dua hari satu malam telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya bermula pada 10 November. Seramai 150 peserta terdiri daripada kalangan remaja puteri berumur 13 hingga …

“Program ini mantap, menyeronokkan dan tiada tekanan”

“Program ini mantap, menyeronokkan dan tiada tekanan”

JANDA BAIK, 11 Nov 2012 – Kem Jatidiri Wanita anjuran Masjid Hidayatul Muttaqin dengan kerjasama HALUAN melalui sayapnya iaitu HALUANita telah berlangsung di Kem Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang. Kem ini telah disertai oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada kaum ibu dan beliawanis yang tinggal di Kampung Bukit Lanchong. Penganjuran sulung ini membawa tema …

HALUANITA Pahang Santuni Pesakit HTAA

HALUANITA Pahang Santuni Pesakit HTAA

KUANTAN, 21 Oktober 2012 – Biro HALUANITA Cawangan Pahang buat julung kalinya telah mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Rombongan seramai 14 orang itu telah diketuai oleh Ketua Biro, Dr Fatimah Abdul Majid. Menurut Dr Fatimah yang juga merupakan seorang pegawai perubatan, program ini diadakan antara lain bertujuan meningkatkan rasa …