fbpx

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

SHAH ALAM, 11 Dis 2012 – Sifat keibuan dan kelembutan kewanitaan memang terserlah. Biro Haluanita yang merupakan sayap wanita HALUAN telah bekerjasama dengan Biro HALUAN Palestin dalam projek Tabung Kecemasan Gaza yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Bertemakan “Hentikan Air Mata Gaza” program ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan Plaza Alam Sentral dan MRCB Land.

Sekitar 50 wakil Haluanita yang terdiri daripada remaja, pemudi dan kaum ibu telah terlibat dalam program ini. Mereka bersemangat untuk melahirkan kebencian terhadap zionis Israel serta mahukan pembelaan yang berkekalan untuk rakyat Palestin yang tersiksa di bumi sendiri. Pasukan Haluanita ini memainkan peranan yang amat kritikal dengan membawa tabung kecemasan Gaza dan mengedar flyers kepada pengunjung kompleks sambil memberikan penerangan kepada persoalan orang ramai yang mundar-mandir di kompleks membeli-belah itu.

Mereka juga menguruskan booth ‘Pohon silaturahim’ (menulis kata-kata semangat), serta mengelola aktiviti mewarna dan melukis untuk kanak-kanak, ‘Solidarity hand print’ (membuat cetakan tangan di kain rentang tanda sokongan pada Gaza), sajak yang dideklamasikan oleh Cik Nulkirah Manla serta membantu dalam menjayakan aksi Flash Mob oleh para pemuda Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) dan Kelab Remaja HALUAN (KeArah).

Selain itu orang ramai juga telah disajikan dengan aktiviti pentomen yang memaparkan kekejamaan kepada rakyat Gaza, kapsul ceramah pendek, pameran bergambar, tayangan video dan persembahan nasyid oleh beberapa kumpulan nasyid terkenal termasuk InTeam. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh wakil pihak pengurusan Plaza Alam Sentral, Puan Noor Hani Zakaria. Beliau melahirkan harapan supaya banyak lagi program-program seperti ini dijalankan kerana ia memberikan kesedaran kemanusiaan yang berkesan kepada masyarakat.

Program yang bermula dari 10 pagi hingga jam 10 malam itu telah berjaya mengumpul dana untuk Palestin sebanyak RM36,493.55. Semoga sumbangan pengunjung di Plaza Alam Sentral ini dapat meringankan beban saudara mereka di Gaza yang telah dizalimi oleh rejim Zionis Yahudi.

Berkata Ketua Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, “Usaha terus menerus oleh relawan-relawan HALUAN ini membuktikan bahawa kita umat Islam tidak akan henti-henti memberikan sokongan apa saja kepada para pejuang Islam di sana yang membentengi bumi wakaf Islam itu bagi pihak kita yang hidup sejahtera di sini. Setiap titisan peluh dan tenaga yang kita perahkan di sini tidak akan sama dengan titisan darah dan airmata para ibu, bapa, anak-anak dan saudara-mara mereka yang telah memberikan nyawa mereka, anggota tubuh mereka, untuk menceritakan kepada kita bahawa kami membuat ini semua untuk kamu, wahai muslimin-muslimat Malaysia”.

Anda boleh terus menghulurkan bantuan melalui akaun “Tabung Palestin HALUAN” di BIMB 1402–30100–342–92 atau Maybank 5644-9020-8528.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian 019-218 7861 atau 013 282 0731.

“Bersatu Untuk Palestin”