fbpx

Posts Tagged: Gaza

Kempen ‘Global Campaign to Break the Siege on Gaza’

Kempen ‘Global Campaign to Break the Siege on Gaza’

GAZA, 22 April 2017 — Hari ini, 22 April 2017 genap 11 tahun rejim penjajah Israel mengepung bumi Gaza. Tahun demi tahun kepungan semakin serius dan buruk, menyebabkan keadaan kehidupan dan sosio-ekonomi lebih 2 juta penduduk Gaza semakin teruk. Akibat kepungan semua laluan darat, laut dan udara dan penutupan pintu lintasan di sempadan Rafah oleh …

Amanah Sampai Ke Tangan Rakyat Gaza

Amanah Sampai Ke Tangan Rakyat Gaza

HALUAN pastikan sumbangan masyarakat Malaysia memberikan manfaat segera dan dapat membantu keperluan jangka panjang warga Gaza. Masyarakat Malaysia sudah tidak asing lagi dengan isu yang menimpa bumi Palestin. Serangan tentera Israel ke atas penduduk Gaza sejak 7 Julai lalu sekali lagi membuka mata kita terhadap keperitan hidup yang mereka lalui sepanjang sejarah pergolakan, terutamanya sejak …

Relawan Harungi Banjir Bantu Mangsa di Gaza

Relawan Harungi Banjir Bantu Mangsa di Gaza

banjir-gaza-00GAZA, 25 Disember 2013 — Setelah lebih seminggu wilayah Gaza dilanda banjir, sebahagian daripada wilayah yang terkepung ini masih ditenggelami air. 10,000 penduduk terpaksa berpindah dan menumpang di rumah jiran, keluarga dan pusat-pusat pemindahan seperti sekolah dan balai polis. Sehingga kini, lebih 5,000 orang masih terpaksa menumpang. Dalam keadaan cuaca yang sejuk serta ketiadaan bekalan …

Dua Warga Gaza Terbunuh Dalam Serangan Terbaharu Zionis

Dua Warga Gaza Terbunuh Dalam Serangan Terbaharu Zionis

serang-gaza-01GAZA, 24 Dis 2013 — Tentera Zionis menyerang beberapa kawasan di wilayah Gaza, membunuh dua penduduk awam dan mencederakan sekurang-kurangnya empat orang lain. Laporan petugas perubatan menyebut bahawa salah seorang yang terbunuh adalah Hala Ahmad Abu Sbaikha, 3 tahun. Anak kecil ini terbunuh dalam serangan bom ke atas rumah keluarganya berdekatan sebuah ladang ternakan ayam …

Hampir 1 Juta Penduduk Gaza Perlukan Bantuan Makanan

Hampir 1 Juta Penduduk Gaza Perlukan Bantuan Makanan

unrwa-01GAZA, 19 Dis 2013 — Hampir sejuta penduduk Gaza dijangka memerlukan bantuan makanan pada tahun 2014 akibat sekatan yang berterusan. Sebanyak US$95 juta diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut. Menurut kenyataan United Nations Relief and Works Agency (UNRWA), seramai 813,000 penduduk Gaza kini bergantung kepada bantuan makanan. Lebih membimbangkan lagi, agensi PBB itu menjangkakan peningkatan sehingga …

Zionis Lancar Serangan Udara ke Atas Gaza

Zionis Lancar Serangan Udara ke Atas Gaza

gaza-strike-01GAZA, 19 Nov 2013 — Pesawat-pesawat perang rejim Zonis telah melancarkan sekurang-kurangnya tujuh serangan udara ke daerah Khan Younis di selatan dan juga Beit Hanoun di utara wilayah Gaza. Jet-jet F16 dan helikopter Apache menggempur ladang pertanian di Al-Manara, Khan Younis mengakibatkan kerosakan harta benda dan ternakan di situ. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Serangan juga …

Sekatan Semakin Mencengkam Rakyat Gaza

Sekatan Semakin Mencengkam Rakyat Gaza

gaza-01Gaza, 9 Nov 2013 -– Sekatan ke atas Gaza berterusan sejak tahun 2007. Sepanjang tempoh tersebut, serangan dan tindakan agresif ketenteraan dari pihak Zionis terus mencengkam kehidupan 1.7juta rakyat Gaza dengan memusnahkan infrastruktur awam dan juga kebun-kebun tanaman yang menjadi sektor pekerjaan utama. Kini sekatan ke atas Gaza memasuki fasa baharu yang lebih dahsyat. Rakyat …

Ramadhan Against the Siege of Gaza : Operasi Sembako Untuk Gaza

Ramadhan Against the Siege of Gaza : Operasi Sembako Untuk Gaza

3 Julai 2013 — Penguasa tentera Mesir yang merampas kuasa kerajaan Presiden Muhammad Morsi bertindak menutup ketat pintu Rafah, satu-satunya jalan keluar-masuk bagi rakyat Gaza. Tindakan ini menyebabkan penduduk wilayah yang dikepung sejak tahun 2006 itu semakin tersempit dan menderita. Mereka bukan sahaja kekurangan bekalan keperluan asas, bahkan terpaksa berhadapan dengan harga barangan keperluan yang …

Al-Qaradawi Ziarah Gaza Selepas Enam Dekad

Al-Qaradawi Ziarah Gaza Selepas Enam Dekad

GAZA, 8 Mei 2013 – Syeikh Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Ulama Sedunia bersama delegasi 50 ulama dari 14 negara telah memulakan kunjungan tiga hari mereka di Gaza, Palestin mulai Rabu lepas. Ketibaan mereka telah disambut dengan penuh meriah dan mahabbah oleh Perdana Menteri Gaza, Syeikh Ismail Haniyah. Ismail Haniyah dalam ucapan alu-aluannya berkata adalah satu penghormatan …

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

SHAH ALAM, 11 Dis 2012 – Sifat keibuan dan kelembutan kewanitaan memang terserlah. Biro Haluanita yang merupakan sayap wanita HALUAN telah bekerjasama dengan Biro HALUAN Palestin dalam projek Tabung Kecemasan Gaza yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Bertemakan “Hentikan Air Mata Gaza” program ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan Plaza …