fbpx

Singa Dalam Perjuangan, Sahabat Dalam Ketaatan

Singa Dalam Perjuangan, Sahabat Dalam Ketaatan

Singa Dalam Perjuangan, Sahabat Dalam Ketaatan

GOMBAK PRIMA, 16 Dis 2012 – Sorakan takbir bergema menandakan kemenangan Tamega FC menewaskan Banana FC 4-1 dalam Kejohanan Futsal Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Wilayah Tengah di Sinamax Sports Center semalam.

Kejohanan anjuran HALUANSiswa Wilayah Tengah ini disambut baik oleh hampir 100 orang pemuda yang hadir dari pelbagai negeri. Tema yang cuba dibawa oleh HS WT melalui aktiviti Futsal ialah “Singa dalam Perjuangan, Sahabat dalam Ketaatan” membawa maksud kesungguhan dalam perjuangan tidak kira kawan atau lawan tetapi diluar memuliakan sahabat itu satu keperluan.

“Kami mahu membawa ideologi yang berlainan sedikit daripada kebiasaan permainan futsal. Perlu dirasakan bahawa setiap amalan kita perlu mengingatkan kita pada Allah termasuk dalam permainan futsal.”

“Dalam perlawanan, kita diwajibkan berlawan bersungguh-sungguh seperti singa yang mahu membaham mangsanya. Tetapi, di luar perlawanan, kita seperti sahabat yang memuliakan sahabatnya yang lain,” kata Pengarah Program, Afiq Fisol, pelajar tahun dua, jurusan kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Gombak (UIAM).

Peserta diingatkan bahawa kemenangan adalah pencapian, dan kekalahan juga adalah salah satu bentuk kemenangan.
“Tiada istilah kekalahan, hanya ada kemenangan. Walaupun kita kalah tetapi Allah tahu kita telah mencuba yang terbaik. Mustahil para peserta yang hadir dari pelbagai negeri ini mahu menyertai futsal ini untuk kalah?” tambah Afiq.

Tempat ketiga dimenangi oleh HALUANSiswa UIA Gombak manakala tempat keempat disandang oleh HALUAN Gombak FC.


Laporan oleh Ameen Misran, HALUANSiswa UIA Gombak