fbpx

Peluang Keemasan Lepasan SPM Untuk Sertai JDK 2012/13

Peluang Keemasan Lepasan SPM Untuk Sertai JDK 2012/13

Peluang Keemasan Lepasan SPM Untuk Sertai JDK 2012/13

BANDAR BARU BANGI, 17 Dis 2012 – JDK atau popularnya program Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja kini tiba lagi untuk kali ke-empatnya. Program khas tiga minggu berkampung ini sudah menjadi sangat popular di kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di masa lepas sehinggakan HALUAN Malaysia terpaksa melaksanakannya di tiga zon berasingan demi memenuhi permintaan yang tinggi setiap kali.

Tempoh cuti panjang selepas peperiksaan SPM merupakan masa yang mencabar bagi ibu bapa dan juga remaja untuk merancang pengisian berfaedah yang boleh dimanfaatkan. Jika remaja melalui tempoh tersebut dengan aktiviti yang boleh membentuk sahsiah dan peribadi mereka, remaja tersebut amat berpotensi untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dalam fasa kehidupan mereka seterusnya.

Pada akhir tahun 2012 ini, seramai lebih kurang 470,000 orang calon SPM telah menamatkan pengajian peringkat tingkatan lima dan kebanyakannya akan melalui tempoh cuti yang panjang sebelum memasuki institusi-institusi pengajian tinggi.

Dalam usaha membantu remaja mendapat input berkualiti sebagai bekalan sebelum memasuki menara gading, HALUAN memperkenalkan Kursus JDK khusus untuk mereka.

Setiausaha Jawatankuasa Induk Program JDK, Encik Anaqi Salleh menerangkan: “Kursus yang akan berlangsung pada 26 Januari 2013 hingga 16 Febuari 2013 ini menawarkan enam modul utama yang sangat menarik bertujuan mengisi akal, intelek, dan fizikal peserta. JDK yang akan masuk tahun keempat penganjurannya ini akan dilaksanakan di tiga buah negeri Semenanjuang Malaysia secara serentak iaitu di Perak, Selangor dan Pahang. Yuran minima lengkap untuk setiap peserta selama 22 hari ini adalah termurah – hanya RM550 meliputi tempat program, penginapan, makan-minum, dan juga bahan-bahan aktiviti”.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk JDK, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin yang juga Naib Presiden 2 HALUAN, objektif JDK yang menekankan perkongsian pengalaman, latihan kemahiran dan juga pendedahan kepada masyarakat amat bersesuaian dengan jiwa remaja yang memerlukan pengisian seimbang terutamanya bagi lepasan SPM untuk mempersiapkan mereka ke alam IPT dan kerjaya yang semakin mencabar. Semangat kesukarelawan juga amat perlu dipupuk sejak usia remaja agar mereka lebih bersedia untuk terjun berbakti dan memberi khidmat kepada masyarakat pada bila-bila masa yang diperlukan.

Permohonan ke program ini masih dibuka sehingga 10 Januari, 2013 dan peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urusetia. Permohonan awal amatlah digalakkan memandangkan tempat program yang terhad. Sebarang maklumat lanjut boleh dilihat di laman web http://www.haluan.org.my/jdk/ atau boleh hubungi sekretariat di jdk@haluan.org.my, atau nombor talian 013-5900 750. Peserta juga digalakkan mendaftar secara online di http://www.haluan.org.my/jdk/

Sila juga layari berita-berita berkenaan JDK yang telah lalu untuk mendapatkan gambaran kualitatif sebenar program ini.

  1. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/berita-haluan/86-haluan-pusat/482-jdk-zon-tengah-melabuh-tirai
  2. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/berita-haluan/86-haluan-pusat/483-jdk-zon-timur-berlangsung-dengan-jayanya
  3. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/berita-haluan/86-haluan-pusat/425-jdk-zon-utara-gamat-bersemangat
  4. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/berita-haluan/86-haluan-pusat/482-jdk-zon-tengah-melabuh-tirai
  5. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/berita-haluan/86-haluan-pusat/426-ilim-pusat-terbaik-untuk-latihan-jdk-zon-tengah