fbpx

“Program ini mantap, menyeronokkan dan tiada tekanan”

“Program ini mantap, menyeronokkan dan tiada tekanan”

“Program ini mantap, menyeronokkan dan tiada tekanan”

JANDA BAIK, 11 Nov 2012 – Kem Jatidiri Wanita anjuran Masjid Hidayatul Muttaqin dengan kerjasama HALUAN melalui sayapnya iaitu HALUANita telah berlangsung di Kem Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang. Kem ini telah disertai oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada kaum ibu dan beliawanis yang tinggal di Kampung Bukit Lanchong. Penganjuran sulung ini membawa tema ‘Taqwa Membentuk Peribadi’.

Dalam ucapan perasmian pembukaan semalam, Imam Masjid Putra Putrajaya, Ustaz Salleh Saad merangkap Penasihat HALUANita menyatakan bahawa kem ini adalah sebahagian daripada aktiviti pendidikan yang ditawarkan oleh HALUANita kepada masyarakat yang semakin mendapat sambutan.

Kem ini telah berlangsung selama dua hari bermula dari 8.30 pagi, 10 November 2012 dan berakhir pada 2.30 petang, 11 November 2012. Melalui kem ini peserta telah didedahkan dengan latihan jasmani, minda dan rohani melalui aktiviti ‘out door’, ceramah dan qiamullail.

“Program ini mantap, menyeronokkan dan tiada tekanan”. Menurut salah seorang peserta, Puan Rohana semasa berucap mewakili peserta di majlis perasmian penutup hari ini.

Kem berakhir dengan ucapan perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada peserta oleh Nazir Masjid Hidayatul Muttaqin, Ustaz Abdul Mayas. Dalam ucapannya beliau berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan kesinambungan tarbiah serta kecemerlangan peserta akan berterusan.