Berita

HALUAN Teruskan Misi Membantu Mangsa Tsunami dan Gempa di Sulawesi

HALUAN Teruskan Misi Membantu Mangsa Tsunami dan Gempa di Sulawesi

SEPANG, 16 Oktober 2018 – Pasukan kedua sukarelawan HALUAN bagi Misi Bantuan Kecemasan Sulawesi selamat berlepas ke Palu, Sulawesi, pagi ini. Mereka akan meneruskan tugasan pasukan pertama yang telah selamat kembali ke tanah air Sabtu lalu. Kenyataan ketua pasukan, Mohd Jamil Muda, menyebut bahawa pasukannya akan meneruskan agihan bantuan asas berupa kit kebersihan diri kepada …

HALUAN Salur Sumbangan Fasa Pertama

HALUAN Salur Sumbangan Fasa Pertama

DONGGALA, SULAWESI TENGAH, 9 Okt 2018 – Pasukan pertama Misi Kemanusiaan Sulawesi HALUAN telah tiba di pusat koordinator (posko) lapangan di Donggala pada lewat malam hari Sabtu 6 Oktober. Perjalanan yang mengambil masa lebih 36 jam dari Kuala Lumpur itu sangat lama dan agak mencabar kepada sukarelawan terutamanya semasa laluan darat selama lapan jam dari …

Sekalung Tahniah

Sekalung Tahniah

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato’ (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub di atas pelantikan sebagai Pengerusi TV Al Hijrah. Seluruh warga kerja HALUAN Malaysia mendoakan agar Dato’ (Dr) Hussamuddin terus teguh dan menumpahkan kreativiti yang lebih luas di dalam dunia media di TV Al Hijrah.

Siswazah Politeknik Kasih Bersama Orang Asli

Siswazah Politeknik Kasih Bersama Orang Asli

TASIK BANDING, PERAK, 18 Sept 2018 – Seramai 34 orang pelajar dan empat orang tenaga pengajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, (PTSB) Kulim, Kedah dibantu 13 orang sukarelawan HALUAN telah menyertai Projek Khidmat Masyarakat di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di daerah sini. Program yang bermula dari 14 hingga 16 September 2018 itu adalah anjuran …

Tandas Sempurna, Penduduk Sihat

Tandas Sempurna, Penduduk Sihat

GERIK, PERAK, 16 Sept 2018 – Biro Kesihatan HALUAN (BKH) cawangan Pulau Pinang telah membawa mesej kepentingan kebersihan kumbahan kepada penduduk kampung orangasli di sini dengan membaiki sistem tandas awam mereka di surau Kampung Sungai Raba. Surau yang digunakan untuk bersolat Jumaat itu telah sekian lama rosak terutama tandas untuk wanita hinggakan tidak dapat diguna …

Trauma Gempa Buat Warga Lombok Takut

Trauma Gempa Buat Warga Lombok Takut

LOMBOK, INDONESIA, 5 Sept 2018 – Tanah lapang seperti di padang bola sepak, perkarangan bangunan kerajaan, tanah sawah padi dan kebun- kebun menjadi tapak khemah mangsa gempabumi di sini semasa tinjauan hari pertama pasukan misi Kemanusiaan HALUAN. Walaupun daerah Mataram tidak berlaku kerosakan yang teruk, di kawasan ini juga terdapat berbilang-bilang khemah yang dihuni oleh …

“Saya Terpaksa Pulang Ke Lombok Bantu Keluarga” – Warga Indonesia

“Saya Terpaksa Pulang Ke Lombok Bantu Keluarga” – Warga Indonesia

SEPANG, 4 September 2018 – Begitulah luahan hati seorang warga Indonesia yang bekerja di Malaysia ketika ditemui di lapangan terbang KLIA 2. Beliau yang ingin dikenali sebagai Pak Sudir sedang dalam perjalanan ke Lombok Utara untuk melihat keadaan keluarganya di sana. Tiga orang sukarelawan HALUAN telah selamat tiba di Lombok, Indonesia. Ketika dalam penerbangan menuju …

Korban Sri Lanka Disyukuri Rakyat Miskin

Korban Sri Lanka Disyukuri Rakyat Miskin

MUTUR, SRI LANKA, 23 Ogos 2018 – Ibadah Korban HALUAN 1439H di Sri Lanka berjaya dilaksanakan dengan baik dengan terjalinnya kerjasama dengan dua buah NGO di sana iaitu Serendib Foundation for Relief and Development (SFRD) dan People Development Forum (PDF). Untuk mewakili para penyumbang korban dari Malaysia, HALUAN menghantar tiga orang sukarelawannya iaitu Ust Mohd …

Program Ibadah Korban Rohingya Berjalan Lancar

Program Ibadah Korban Rohingya Berjalan Lancar

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 23 Ogos 2018 – Program Ibadah Korban HALUAN 1439H untuk pelarian Rohingya telah berjaya disempurnakan dengan baik pada hari pertama. Program khas untuk para pelarian ini adalah merupakan program tahun kedua setelah bermula pada tahun lepas. Sebanyak 20 ekor lembu telah disembelih di Nayapara bersebelahan kem pelarian dengan jayanya tanpa sebarang masalah. …

HALUAN Lunaskan Amanah Korban 2018 Di Palestin, Syria

HALUAN Lunaskan Amanah Korban 2018 Di Palestin, Syria

BANDAR BARU BANGI, 23 Ogos 2018 – HALUAN sekali lagi telah melaksanakan ibadah korban di Palestin dan Syria pada tahun ini dengan kerjasama NGO Al Sarraa Foundation for Humanitarian Relief hasil sumbangan korban oleh rakyat Malaysia yang budiman. Korban yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia telah dilunaskan di beberapa kawasan di Jalur Gaza iaitu kawasan …