fbpx

HALUAN Lunaskan Amanah Korban 2018 Di Palestin, Syria

HALUAN Lunaskan Amanah Korban 2018 Di Palestin, Syria

HALUAN Lunaskan Amanah Korban 2018 Di Palestin, Syria

BANDAR BARU BANGI, 23 Ogos 2018 – HALUAN sekali lagi telah melaksanakan ibadah korban di Palestin dan Syria pada tahun ini dengan kerjasama NGO Al Sarraa Foundation for Humanitarian Relief hasil sumbangan korban oleh rakyat Malaysia yang budiman.

Korban yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia telah dilunaskan di beberapa kawasan di Jalur Gaza iaitu kawasan Abu Kameel, Sidra Al Kharoubi, Al-Hadjani, Jalan Al-Wahda, Al-Mawalid, Jalan Al-Yarmouk, Firas, Al-Wadud, Al-Taabeen, Al-Mansheya, Fatima Al- Zahra, Qustal, Zawaideh, Farouk, Al-Samdid Al-Kabeer, Tal Al-Sultan Rafah dan Al-Shuhada. Sebanyak 59 ekor kambing jenis biri-biri telah dikorbankan di sana. Lebih 490 keluarga mendapat manfaat daripada daging korban tersebut. Selain Malaysia, banyak juga negara-negara lain yang melaksanakan ibadah korban di sanaseperti Indonesia, Qatar, Turki dan lain-lain.

Manakala di Syria, sebanyak 32 ekor kambing jenis biri-biri telah dikorbankan. Pengedaran daging korban dilakukan di kem-kem pelarian di Utara Syria, seperti kem Asyuaie di kawasan Sejou dan sebahagian di kem pelarian Al-Bal. Bilangan keluarga yang menerima daging korban mencapai 480 keluarga.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyertai ibadah korban di Palestin dan Syria melalui HALUAN. Semoga Allah memberkati dan memberi ganjaran yang lebih baik kepada mereka yang menyertai. Kami telah lapan tahun menjalinkan hubungan dengan NGO Al Sarraa Foundation for Humanitarian Relief yang beribu pejabat di Istanbul, Turki dalam menyalurkan bantuan di Palestin dan Syria.

Masyarakat Malaysia terus komited dalam membantu rakyat Palestin dan Syria dengan memberi sumbangan korban di Palestin dan Syria. Saudara-mara kita di sana sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita semua. Di sini kita hidup dengan serba mewah dan rezeki yang melimpah ruah. Manakala mereka masih lagi dalam keadaan penindasan. Di Gaza rakyatnya masih dikenakan sekatan oleh Israel hingga mereka sukar menjalankan kehidupan seharian. Rumah-rumah yang telah di bom pada tahun 2014 masih tidak dapat dibangunkan semula kerana bahan-bahan binaan tidak dibenarkan masuk oleh rejim Mesir.

Manakala di Syria, keadaan masyarakat masih lagi ditindas oleh tentera rejim Bashar Asad dan ISIS yang masih menyerang penduduk Syria dengan menggunakan senjata kimia yang telah diharamkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu (UN) di sekitar Madaya ,Aleppo dan Idlib. Lebih enam juta rakyat Syria menjadi pelarian di Turki, Jordan dan negara-negara di Eropah.


Laporan Muhammad Mus’ab Sa’ari, SUK 3