fbpx

HALUAN Teruskan Misi Membantu Mangsa Tsunami dan Gempa di Sulawesi

HALUAN Teruskan Misi Membantu Mangsa Tsunami dan Gempa di Sulawesi

HALUAN Teruskan Misi Membantu Mangsa Tsunami dan Gempa di Sulawesi

SEPANG, 16 Oktober 2018 – Pasukan kedua sukarelawan HALUAN bagi Misi Bantuan Kecemasan Sulawesi selamat berlepas ke Palu, Sulawesi, pagi ini.

Mereka akan meneruskan tugasan pasukan pertama yang telah selamat kembali ke tanah air Sabtu lalu.

Kenyataan ketua pasukan, Mohd Jamil Muda, menyebut bahawa pasukannya akan meneruskan agihan bantuan asas berupa kit kebersihan diri kepada mangsa-mangsa di sekitar Kota Donggola dan Palu. “Kit kebersihan diri adalah antara keperluan penting bagi mangsa-mangsa, untuk mengelak jangkitan penyakit dan memastikan kebersihan lebih terkawal,” kata beliau.

Beliau diiringi oleh pegawai logistik, Muhammad Suhaib Mohd Yusoff, dan pegawai media, Muhammad Zakiran Mahmud.

Sebelum ini, HALUAN telah menghantar dua orang relawan bersama seorang doktor perubatan untuk memberi bantuan rawatan kesihatan bergerak di Kota Donggola melalui kerjasama dengan NGO tempatan, PKPU Human Initiative (PKPU). Seramai 300 orang mangsa bencana telah mendapat rawatan.

“Insya-Allah kita juga akan teruskan kerjasama dengan PKPU dan beberapa NGO tempatan yang lain dalam projek membekalkan air bersih di sekitar pusat pemindahan dan perkampungan sementara,” jelas Mohd Jamil lagi.

Bantuan dan sumbangan masyarakat prihatin amat diperlukan bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan ini.

Anda boleh menyumbang secara online melalui pautan ini.

Emergency Aid Sulawesi

_

Laporan mediaHALUAN

Alhamdulillah. Kami selamat tiba di Palu setelah kelewatan hampir lapan jam di Jakarta akibat pesawat tidak dibenarkan mendarat waktu malam hari di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al Jufri, Kota Palu.
Lapangan Terbang Palu sesak dengan kehadiran sukarelawan tempatan dan luar negara dari pelbagai agama dan bangsa.