PUTRAJAYA, 2 Okt 2024 – HALUAN telah menyertai Forum Serantau YAPEIM 2024 (FSY2024) yang berlangsung di sini bertujuan membincangkan cabaran ekonomi semasa dalam konteks ekonomi Islam serta merancang strategi bagi memperkasakan ekonomi umat. Forum dua hari bermula 1 Oktober itu dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dan ditaja oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). …
