fbpx

SKOHAL Rapikan Gerak Kerja HALUAN

SKOHAL Rapikan Gerak Kerja HALUAN

SKOHAL Rapikan Gerak Kerja HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 16 Sept 2023 –   Seminar Kepimpinan Organisasi HALUAN atau SKOHAL peringkat zon tengah dan pusat telah berlangsung di Ibu Pejabat HALUAN hari ini, disertai 30 orang barisan kepimpinan HALUAN.

Selain merupakan platform untuk persiapan kepimpinan HALUAN, ia juga bertujuan mempertingkatkan kecekapan barisan kepimpinan tersebut mengenai cara bekerja penyantunan masyarakat. Antara yang paling penting dalam seminar ini ialah bagi membincangkan cabaran dan langkah pengurusan relawan massa dalam organisasi HALUAN.

Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman sendiri telah tampil sebagai penyampai salah satu slot yang amat penting bagi memperingatkan kembali ke mana perlu dibawa organisasi HALUAN ini.

Laporan Cik Nur Farhana Abdul Pata

Biro HALUANITA