fbpx

Masyarakat Orang Asli Turut Prihatin Isu Palestin

Masyarakat Orang Asli Turut Prihatin Isu Palestin

Masyarakat Orang Asli Turut Prihatin Isu Palestin

GERIK, 9 Nov 2023 – HALUAN cawangan Pulau Pinang gigih menyebarluaskan isu Palestin bagi membina kesedaran masyarakat awam berhubung peranan mereka dalam pembebasan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin seluruhnya. Kali ini, masyarakat orang asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun di sini turut tersentuh oleh usaha ini.

Pada Jumaat lalu, satu ceramah khas dan perkongsian maklumat tentang peperangan “Taufan al-Aqsa” di Palestin untuk kanak-kanak telah diadakan di Surau Al-Fatah di Kampung Sungai Raba yang terletak dalam RPS Air Banun. Sesi penerangan telah disampaikan oleh Ketua Biro Relawan HALUAN cawangan Kedah, Encik Wan Yusri Mohd Abdoh, dan turut dihadiri warga dewasa.

Salah seorang pimpinan kampung tersebut, Encik Askee Ali, menyatakan penduduk begitu teruja dengan perkongsian tersebut, dan mereka amat bersimpati dengan ujian hidup-mati yang dihadapi oleh penduduk Gaza. “Kami akan terus berdoa untuk keselamatan mereka di sana, dan Masjid al-Aqsa berjaya dibebaskan akhirnya,” tegas beliau.

Majlis telah disempurnakan dengan jamuan ringan sebagai penguat tali ukhuwah di antara HALUAN dan masyarakat setempat.

Pada keesokannya, pasukan relawan HALUAN telah bersama-sama dengan penduduk bergandingan untuk bertani menanam serai di sekitar dua buah kampung

Anda juga berpeluang berbakti membantu usaha pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa secara dalam talian di:
https://www.haluan.org.my/donations/gaza-emergency-appeal-2023/.

atau terus ke akaun:
Nama akaun: Tabung Palestin HALUAN
No. akaun: 5644 9020 8528 (Maybank Islamic Berhad), atau 140 230 100 342 92 (Bank Islam Malaysia Berhad)


Laporan Ab Halim Khudri
Ketua Biro Kebajikan HALUAN Malaysia