Berita

Edar Bubur Lambuk Pupuk Budaya Memberi

Edar Bubur Lambuk Pupuk Budaya Memberi

SHAH ALAM, 12 Mei 2019 — Memanfaatkan kehadiran bulan Ramadan yang penuh barakah ini, pemuda dan pemudi HALUAN Cawangan Selangor dibawah Persatuan Belia HALUAN Shah Alam (PBHSA) dan Unit Pemudi HALUANITA Cawangan Selangor mengambil inisiatif menganjurkan program memasak bubur lambuk yang diadakan di kawasan kantin Sekolah Ibn Khaldun. Seawal jam 9 pagi para petugas memulakan …

NGO & Agensi Kerajaan Mantapkan Kesiapsagaan Hadapi Bencana

NGO & Agensi Kerajaan Mantapkan Kesiapsagaan Hadapi Bencana

PUCHONG, 25 April 2019 – LIMA sukarelawan HALUAN terlibat dalam Bengkel Pendekatan Kluster Dalam Pengurusan Sukarelawan Bencana di Markas SMART, Pulau Meranti anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri hari ini. Bengkel ini merupakan satu program yang meletakkan tugasan kepada NGO-NGO yang sesuai dengan kemampuan, kemahiran dan kesiapsagaan masing masing dalam sektor pengurusan bencana. …

Hari Keluarga HALUAN Selangor Erat Silaturahim Sesama Ahli

Hari Keluarga HALUAN Selangor Erat Silaturahim Sesama Ahli

ULU YAM, 21 APRIL 2019 – Bertema “ Biah Solehah, Keluarga Sakinah” Hari Keluarga HALUAN Peringkat Negeri Selangor berlangsung dengan jayanya selama dua hari bertempat di Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Program julung kalinya dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Pemuda dan Biro HALUANITA Selangor ini berjaya menghimpunkan seramai 200 orang peserta dari pelbagai peringkat umur dengan …

Pemulihan Mangsa Tsunami Donggala Amat Perlahan

Pemulihan Mangsa Tsunami Donggala Amat Perlahan

DONGGALA, SULAWESI, 17 April 2019 – Hampir tujuh bulan berlalu selepas bencana gempa bumi dan tsunami namun masa yang berlalu tidak banyak merubah nasib kehidupan rakyat di sini. Bencana dan liquifaksi yang menimpa Wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia itu mengakibatkan puluhan ribu kehilangan rumah kediaman, pekerjaan dan tidak kurang juga ahli keluarga. Ribuan keluarga mangsa bencana …

HALUAN Sabah Terus Berbakti

HALUAN Sabah Terus Berbakti

HALUAN Sabah merupakan cawangan kepada Pertubuhan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988. HALUAN yang bermotokan Berakhlak, Mendidik dan Berbakti menetapkan visinya untuk menjadi Perubah dan Pemimpin Masyarakat melalui misinya iaitu Pendidikan Melahirkan Pemimpin dan Dakwah Merubah Masyarakat. Objektif utamanya adalah, (1) Membantu kerajaan dalam menangani masalah sosio-ekonomi terutamanya dalam aspek pembinaan keluarga …

HALUANITA Serah Kutipan Sumbangan RHP Donggala

HALUANITA Serah Kutipan Sumbangan RHP Donggala

BANDAR BARU BANGI, 22 Mac 2019 – Hasil kutipan sumbangan dikalangan wanita Malaysia yang digerakkan oleh Biro HALUANITA sejak Februari lepas untuk membina rumah sementara mangsa tsunami di Donggala, Sulawesi berjaya mengumpul sebanyak RM20,000. Satu majlis ringkas bersempena penyerahan kutipan sumbangan berkenaan untuk pembinaan Rumah HALUAN Prihatin (RHP) di Donggala itu telah diserahkan oleh Ketua …

PSP Sinambung Khidmat Masyarakat Orang Asli Air Banun

PSP Sinambung Khidmat Masyarakat Orang Asli Air Banun

AIR BANUN, GERIK, 18 Mac 2019 – Khidmat bakti transformasi kehidupan masyarakat terpinggir orang asli diteruskan oleh HALUAN baru-baru ini dengan penglibatan buat pertama kalinya oleh Politeknik Seberang Perai (PSP). Seramai 50 orang pelajar lelaki dan 10 orang tenaga pengajar yang di ketuai oleh pensyarah dan penasihat Kelab Integriti PSP, Ustaz Mohd Fazlon Abdul Rahim …

HALUAN Aktif Bantu Mangsa Keracunan Kimia

HALUAN Aktif Bantu Mangsa Keracunan Kimia

PASIR GUDANG,17 Mac 2019 – Pasukan Sukarelawan HALUAN meneruskan Bantuan Kecemasan Keracunan Kimia Pasir Gudang pada hari yang ketiga dengan turun ke lapangan di Pasir Gudang hari ini. Ia diketuai oleh Ketua Biro Pemuda HALUAN cawangan Johor, Ustaz Muhammad Suhaeil Rubani yang tiba di kawasan bencana jam 11:30 pagi bersama tiga lagi sukarelawan. Mereka  turun …

Syabas dan Tahniah Calon SPM Sesi 2018!

Syabas dan Tahniah Calon SPM Sesi 2018!

BANDAR BARU BANGI, 14 Mac 2019 — Penantian bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2018 yang dinanti dengan penuh debaran berakhir hari ini. HALUAN mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha sehabis baik ketika menduduki peperiksaan yang lalu. Kepada pelajar, ibu bapa dan warga pendidik, keputusan pada hari …