fbpx

Syabas dan Tahniah Calon SPM Sesi 2018!

Syabas dan Tahniah Calon SPM Sesi 2018!

Syabas dan Tahniah Calon SPM Sesi 2018!

BANDAR BARU BANGI, 14 Mac 2019 — Penantian bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2018 yang dinanti dengan penuh debaran berakhir hari ini. HALUAN mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha sehabis baik ketika menduduki peperiksaan yang lalu.

Kepada pelajar, ibu bapa dan warga pendidik, keputusan pada hari ini haruslah diterima dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Bagi pelajar yang mencapai kecemerlangan sebagaimana yang dicita-citakan pastinya akan disambut dengan penuh kegembiraan. Namun bagi yang memperolehi keputusan kurang memuaskan jangan pula berasa kecewa, yakinlah bahawa keputusan peperiksaan ini bukanlah nokhtah akhir untuk tidak terus berusaha mencapai kejayaan yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.

Tahniah buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia atas kegigihan mendidik anak bangsa, menabur bakti serta mencurah ilmu kepada generasi pelapis negara dengan penuh dedikasi. Semoga apa jua pengorbanan, kesabaran yang tinggi, kegigihan mereka ada ganjaran dan nilaian di sisi Allah SWT.

Sekalung penghargaan juga buat keluarga dan ibu bapa pelajar yang pastinya tidak jemu berdoa dan menjadi pembakar obor semangat kepada anak-anak.

Jadi ke mana selepas ini? HALUAN membuka peluang kepada semua calon SPM 2018 untuk melanjutkan pelajaran melalui Institut Pengajian Tinggi Integrasi (IPTI) kelolaan HALUAN.

Bagi yang berminat boleh dapatkan maklumat terperinci melalui laman sesawang di bawah atau hubungi wakil-wakil institusi berkenaan seperti berikut :

1. Kolej Teknologi Darulnaim (KTDPC) – Cawangan Pengkalan Chepa
Website: www.ktd.edu.my
Whatsapp: wasap.my/60134771673/NakTahuKTD

2. Kolej Teknologi Darulnaim (KTDKL) – Cawangan Kuala Lumpur
Website: www.ktdkl.edu.my
Whatsapp: http://www.wasap.my/+60138762640

3. Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP)
Website: www.iptip.edu.my
Whatsapp: http://www.wasap.my/+60108393960

HALUAN menawarkan pengajian bersepadu melalui pembudayaan ilmu melalui pengajaran akademik yang bermutu serta pembangunan sahsiah pelajar melalui program pembangunan insan iaitu Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT). Akhlak dan pembentukan sahsiah menjadi tunjang kepada pembentukan akhlak yang selari dengan tuntutan agama. Aspirasi institusi ini adalah akademi cemerlang, akhlak terpuji dan hidup sentiasa memberikan khidmat serta manfaat.

_
Laporan mediaHALUAN

Kolej Teknologi Darulnaim (KTDPC) – Cawangan Pengkalan Chepa

Kolej Teknologi Darulnaim (KTDKL) – Cawangan Kuala Lumpur

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP)