fbpx

HALUANITA Serah Kutipan Sumbangan RHP Donggala

HALUANITA Serah Kutipan Sumbangan RHP Donggala

HALUANITA Serah Kutipan Sumbangan RHP Donggala

BANDAR BARU BANGI, 22 Mac 2019 – Hasil kutipan sumbangan dikalangan wanita Malaysia yang digerakkan oleh Biro HALUANITA sejak Februari lepas untuk membina rumah sementara mangsa tsunami di Donggala, Sulawesi berjaya mengumpul sebanyak RM20,000.

Satu majlis ringkas bersempena penyerahan kutipan sumbangan berkenaan untuk pembinaan Rumah HALUAN Prihatin (RHP) di Donggala itu telah diserahkan oleh Ketua Biro HALUANITA, Dr. Zurina Muda kepada Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman.

Pembinaan RHP yang ke-7 ini merupakan komitmen Biro HALUANITA yang telah disampaikan kepada warga Donggala semasa Misi Kemanusiaan Sulawesi ke-8 pada 9-13 Februari lepas yang telah disertai sendiri oleh Dr. Zurina bersama dua wakil Exco Biro HALUANITA.

Kutipan sumbangan tersebut diuruskan sendiri oleh Unit Misi Kemanusiaan Biro HALUANITA.

“Terima kasih kepada wanita-wanita Malaysia yang memberi sumbangan ini. Kita sangat berharap sumbangan seperti ini akan mengembalikan senyuman saudara kita di Donggala,” kata Dr. Zurina selepas majlis penyerahan tersebut.

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk pembinaan RHP-7 sebanyak lapan unit rumah. Setiap blok terdiri daripada enam unit rumah. Rumah sementara daripada kayu dan zinc ini berkeluasan 12 x12 kaki berharga sekitar RM2,500 sebuah. Rumah ini lebih kondusif dengan menggunakan bumbung zinc dan berdindingkan plywood berbanding dengan keadaan sekarang ini di mana mereka masih tidur di dalam khemah.

Semoga pembinaan rumah ini akan dapat membantu warga Donggala menjalani semula kehidupan seharian mereka dengan lebih baik. Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa prihatin terhadap nasib saudara kita yang diuji Allah dengan musibah tsunami pada 28 September 2018 yang lalu.

Teruskan sumbangan ikhlas anda dengan menderma ke akaun:

Rumah HALUAN Prihatin Donggala

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan Puan Nurtasneem Md Yusoff, Biro HALUANITA