fbpx

Hari Keluarga HALUAN Selangor Erat Silaturahim Sesama Ahli

Hari Keluarga HALUAN Selangor Erat Silaturahim Sesama Ahli

Hari Keluarga HALUAN Selangor Erat Silaturahim Sesama Ahli

ULU YAM, 21 APRIL 2019 – Bertema “ Biah Solehah, Keluarga Sakinah” Hari Keluarga HALUAN Peringkat Negeri Selangor berlangsung dengan jayanya selama dua hari bertempat di Nur Laman Bestari, Ulu Yam.

Program julung kalinya dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Pemuda dan Biro HALUANITA Selangor ini berjaya menghimpunkan seramai 200 orang peserta dari pelbagai peringkat umur dengan objektif utamanya adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli dan seluruh ahli keluarga. Sepanjang berkampung dua hari bertemankan suasana alam yang menenangkan ini, para ahli HALUAN berpeluang memperkenalkan secara lebih akrab ahli keluarga masing-masing kepada rakan ahli yang lain.

Berkonsepkan aktiviti santai, mesra dan ceria telah memberikan impak suasana yang menggamit memori yang tersendiri antara para peserta sekali gus menjadikan ia medium pengikat hati umpama sebuah keluarga. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, sesi taaruf berbentuk permainan, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, acara mandi sungai dan tayangan video. Penglibatan dan komitmen yang menggalakkan di kalangan ahli mewarnakan lagi wajah keceriaan program yang berlangsung selama dua hari ini.

Bersempena hari keluarga ini, telah diadakan juga Mesyuarat Agung HALUAN Cawangan Selangor kali ke-20 yang berlangsung pada 20 April 2019 pada jam 9.00 hingga 11.00 malam. Berdasarkan rekod pertubuhan HALUAN Selangor, ini adalah pertama kalinya dua acara besar ini digabungkan sekali.

Kepercayaan yang diberikan kepada para pemuda dan pemudi untuk merancang, mengurus dan mengendalikan program sebegini memberikan satu gambaran yang positif kepada proses latihan kepimpinan dan secara tidak langsung memberikan satu pendedahan kerja secara berpasukan dalam menjayakan sesebuah program.

Sebagai refleksi, segala aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan rata-rata para peserta amat gembira dan sangat menikmati aktiviti yang dijalankan. Apa yang lebih penting adalah kebersamaan para ahli HALUAN Negeri Selangor serta ahli keluarga dalam aktiviti yang dirancang secara holistik merangkumi seluruh aspek fakulti keinsanan iaitu jasmani, emosi, rohani dan keintelektualan.

_
Laporan HALUAN Selangor