fbpx

Pemulihan Mangsa Tsunami Donggala Amat Perlahan

Pemulihan Mangsa Tsunami Donggala Amat Perlahan

Pemulihan Mangsa Tsunami Donggala Amat Perlahan

DONGGALA, SULAWESI, 17 April 2019 – Hampir tujuh bulan berlalu selepas bencana gempa bumi dan tsunami namun masa yang berlalu tidak banyak merubah nasib kehidupan rakyat di sini.

Bencana dan liquifaksi yang menimpa Wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia itu mengakibatkan puluhan ribu kehilangan rumah kediaman, pekerjaan dan tidak kurang juga ahli keluarga.

Ribuan keluarga mangsa bencana masih terpaksa tinggal di khemah-khemah plastik di pinggiran jalan dan kawasan lapang menunggu bantuan rumah sementara disiapkan oleh pihak kerajaan tempatan dan badan-badan bukan kerajaan.

HALUAN sebagai sebuah NGO yang prihatin telah melaksanakan bantuan kemanusiaan sejak Oktober 2018 dan salah satu fokus bantuan ialah membina rumah sementara di Kecamatan Banawa Kabupaten Donggala, di antara kawasan yang parah ditimpa bencana. Sehingga pertengahan Mac 2019, HALUAN telah menempatkan 84 keluarga yang majoritinya nelayan miskin di rumah sementara Rumah HALUAN Prihatin, atau RHP.

RHP merupakan deretan enam unit yang mempunyai bilik 12 x12 kaki untuk setiap keluarga serta dapur dan tandas umum demi memberikan keselesaan bagi mangsa. RHP yang juga tahan gegaran di sediakan dengan bekalan air bersih dan elektrik dibina di atas kawasan tanah yang lebih selamat.

Selain rumah sementara, HALUAN juga mewujudkan program sosio-ekonomi mandiri berupa pembuatan serunding ikan (abon), kerepek kelur, bawang goreng dan jahitan telekung serta tudung untuk menambahkan pendapatan mangsa-mangsa bencana.

Oleh kerana masih banyak keluarga mangsa khasnya di Donggala yang perlukan rumah sementara, HALUAN menggalakkan sumbangan dana daripada masyarakat Malaysia untuk membina 50 unit rumah lagi bagi memberikan sedikit keselesaan kepada mereka.

Anda mungkin tidak mampu untuk sampai ke lokasi pemulihan kemanusiaan ini. Namun derma anda tetap boleh sampai kepada mereka yang memerlukan. Teruskan menderma.

Rumah HALUAN Prihatin Donggala

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Setiausaha Kerja, Biro Misi Kemanusiaan

Keadaan terkini mangsa di Donggala, masih tinggal di khemah-khemah sementara.
Perkampungan Rumah HALUAN Prihatin pertama di Muara, Keluhuran Boya
Projek tanaman
Serunding ikan (abon) keluaran warga RHP