fbpx

Berita

50 Relawan HALUAN Berkampung di Pekan

50 Relawan HALUAN Berkampung di Pekan

Kini terdapat 50 orang relawan-relawan HALUAN sedang menabur bakti kepada mengsa-mangsa bencana banjir di daerah Pekan, Pahang. Mereka yang datang dari berbagai daerah di seluruh negara meneruskan bantuan medik dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lain yang diadakan sejak awal musibah banjir melanda lagi. Sepanjang hujung minggu ini, HALUAN telah mengadakan aktiviti sukaneka di pusat penempatan IKM Pekan, …

Ayuh! Hulurkan Bantuan Anda

Ayuh! Hulurkan Bantuan Anda

Kini lebih seminggu mangsa-mangsa banjir menginap di penempatan-penempatan sementara di daerah Pekan. Sudah tentu mereka sangat berharap untuk kembali pulang ke kediaman masing-masing, meneruskan semula kehidupan seperti biasa. Bagaimanapun, mereka bakal berhadapan dengan banyak perkara – rumah yang rosak dan tidak boleh diduduki, barangan yang rosak dan musnah, tidak kurang pula yang hilang. Ibubapa pula …

HALUAN Kelantan menziarahi Keluarga Allahyarhamah Adik Nurul Iliana

HALUAN Kelantan menziarahi Keluarga Allahyarhamah Adik Nurul Iliana

Dr. Ariff mengetuai pasukan relawan HALUAN Kelantan seramai 5 orang menziarahi En. Wahab sekeluarga di rumahnya di Kg. Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. En. Wahab telah kehilangan puteri kesayangannya, adik Nurul Iliana, berusia 6 tahun yang menjadi mangsa korban banjir di Tanah Merah. Menurut cerita En. Wahab, Allahyarhamah Adik Nurul tergelincir di belakang rumahnya ketika …

Relawan Bersama Mangsa Banjir di Aidil Adha

Relawan Bersama Mangsa Banjir di Aidil Adha

Tahniah kepada relawan HALUAN yang tetap dan terus menabur bakti kepada penduduk daerah Pekan yang masih bergelumang dengan musibah banjir sejak lebih seminggu lalu, ketika umat Islam bergembira merayakan hari mulia Aidil Adha. Relawan medik masih berada di Kg Ketapang Hilir untuk memberi rawatan kepada lebih 40 orang mangsa banjir. Alhamdulillah relawan HALUAN juga telah …

Catatan Relawan HALUAN Melaka & Negeri Sembilan di Segamat

Catatan Relawan HALUAN Melaka & Negeri Sembilan di Segamat

Relawan-relawan HALUAN dari Melaka dan Negeri Sembilan telah menyertai Misi Kemanusiaan Bencana Banjir Johor (MKBBJ) di Segamat pada 15 dan 16 Disember 2007 yang lalu. Pasukan kami yang terdiri daripada 5 orang sukarelawan telah bertolak ke Segamat pada jam 09:00 pagi 15 Dis 2007. Dengan berbekalkan persediaan dalam tempoh kurang dari 24 jam, kami bertolak …

Rayuan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Rayuan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Kini lebih seminggu banjir melanda. Kita mula dapat melihat kesan yang menimpa mangsa – kesihatan, psikologi, harta-benda yang musnah, tidak dapat bekerja dan sebagainya. Relawan HALUAN menyarankan agar saudara/i prihatin semua dapat menggerakan usaha mengumpul bantuan, samada pakaian, lampin bayi, susu bayi mahupun kewangan. Keperluan-keperluan asas lain juga dijangka kritikal bila mereka mula pulang ke …

Keadaan di Pekan Tidak Berubah. Gerakkan Rayuan Masyarakat!

Keadaan di Pekan Tidak Berubah. Gerakkan Rayuan Masyarakat!

AlhamduliLlah, relawan-relawan HALUAN terus komited dengan tugas mereka “mendidik & berbakti” di bumi Pekan yang dilanda banjir. Petang semalam, relawan medik memberi khidmat di pusat pemindahan Sek Seri Maulana, di mana 500 orang mangsa ditempatkan. Di sebelah malam pula medik memberi rawatan kesihatan di Sek Men Keb Mahmud Mas, Pekan. Banyak permintaan untuk diadakan ceramah …

Catatan Perjalanan Ke Pekan

Catatan Perjalanan Ke Pekan

Kami bertolak dari  Bilik Gerakan Banjir HALUAN Pahang di Kuantan menuju ke Penor. Kawasan Penor sudah surut dari banjir. Untuk sampai ke Pekan, relawan perlu menaiki bot di Penor. HALUAN mendapat bantuan dari ATM & JPA3. Perjalanan akan menuju ke Kg Ubai, mengambil masa 45minit hingga 1 jam. Dari Ubai, kita boleh menaiki trak perkhidmatan …

Misi Banjir Terkini 18/12/2007

Misi Banjir Terkini 18/12/2007

Pusat Pemindahan Kg. Acheh mula dimasuki Dr Siti Mariam dan 3 orang relawan HALUAN. Rawatan diberikan adalah dari rumah ke rumah. Pusat Pemindahan Sek Sains SHAH kini telah menempatkan hampir 10 relawan dan peranan relawan di sini adalah memberi motivasi kepada kanak-kanak dan progam remaja berbentuk bengkel dan riadah kepada mangsa banjir yang kini paling …

Laporan HALUAN dari Pekan Pahang

Laporan HALUAN dari Pekan Pahang

Pasukan relawan HALUAN meneruskan khidmatnya di Pekan. Pada sebelah pagi, pasukan Medik yang diketuai oleh Dr. Asmarawati telah memberi perkhidmatan di Kg Ubai,Pekan bersama dengan 3 relawan yang lain. Manakala pasukan kedua yang diketuai oleh Sdr. Ramli Ngah bekerjasama dengan JKKK Kg. Pekan Lama bagi menguruskan Pusat Penempatan yang baru di buka di Sek Agama …