fbpx

Berita

Lebih 170 bakal mahasiswa sertai HIMEGA 2009

Lebih 170 bakal mahasiswa sertai HIMEGA 2009

Kajang, 27hb Mac 2009 – Seramai lebih 170 pelajar lepasan SPM telah menyertai Program Hijrah Menara Gading (HIMEGA) 2009 dari 27hb hingga 29hb Mac lalu. Program tahunan anjuran Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSISWA) kali ini telah diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS,) Bandar Seri Putra, Kajang. Bertemakan “Ke Arah Mahasiswa Rabbani,” program tahun …

Kreativiti Pelajar Terserlah Dalam Kem Minda Bestari Perlis

TUNJUNG, 21 Mac 2009 — Seramai 121 pelajar menyerlahkan kebolehan dan kreativiti mereka dalam Kem Minda Bistari (RimBA) yang telah diadakan di Maahad Tarbiyah Islamiyyah Perlis dari 19 hingga 20 Mac lalu. Kem tersebut yang julung kali diadakan di negeri Perlis telah dikhususkan kepada pelajar sekolah rendah yang berumur antara 9 hingga 12 tahun. Seperti …

HALUAN terima amanah projek kemanusiaan di Gaza

HALUAN terima amanah projek kemanusiaan di Gaza

KUALA LUMPUR 19 Mac – Usaha HALUAN dalam menyumbang bantuan kemanusiaan mendapat ransangan baru apabila diamanahkan untuk melaksanakan beberapa projek amal dan pembangunan semula Gaza. Sesuai dengan motto yang dibawa – mendidik dan berbakti, HALUAN dengan rendah diri dan rasa tanggung jawab menerima amanah tersebut sebagai memikul tanggungjawab kemanusiaan yang disandarkan oleh masyarakat prihatin yang …

Pemuda HALUAN jayakan perkhemahan buat julung kali

Pemuda HALUAN jayakan perkhemahan buat julung kali

10hb Mei 2009, Ulu Langat – Biro Pemuda HALUAN telah berjaya mengadakan julung-julung kalinya perkemahan pemuda kebangsaan. Seramai 55 orang peserta dari seluruh negara telah menyertai perkemahan tersebut yang telah diadakan di Camp Asli Ventures di Pangsun, Ulu Langat. Menurut setiausaha Biro Pemuda HALUAN, Dr Mohd Arba’ai B Shawal, perkhemahan tersebut diadakan untuk menyiapkan dan …

Menteri Besar Perlis serikan Malam Untukmu Gaza

Menteri Besar Perlis serikan Malam Untukmu Gaza

Arau, 27 Februari 2009 – Sekretariat Haluan Palestin dengan kerjasama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Perlis telah menjayakan program Malam Untukmu Gaza di Dewan Utama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran hampir 4 ribu orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di negeri …

HALUAN Johor Jayakan Pameran Sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia

JOHOR BAHRU, 29 April 2009 — Sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan telah diadakan di Johor Bahru pada 28 April 2009 dengan tema ‘Pastikan kemudahan kesihatan selamat dan mampu menyelamatkan nyawa semasa krisis.’ Sambutan pada tahun ini telah dirasmikan oleh YB Dr Robaiah Bt Dato Hj Kosai selaku Exco Kesihatan dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan …

HALUAN Johor Giatkan Ceramah Kesedaran Palestin

HALUAN Johor Giatkan Ceramah Kesedaran Palestin

JOHOR BAHRU, 22 Januari 2009 — HALUAN kini giat menggerakkan usaha memberi kefahaman permasalahan Palestin kepada masyarakat. Antaranya, aktivis-aktivis HALUAN mengadakah ceramah penerangan di surau-surau, masjid, jabatan-jabatan kerajaan, pejabat syarikat swasta dan juga sekolah. HALUAN merasakan satu perkara yang penting untuk masyarakat memahami isu Palestin kerana ia melibatkan pencabulan hak kemanusiaan yang sangat serius dan …

Pelajar SMK Jalan Kebun Celik Palestin

Pelajar SMK Jalan Kebun Celik Palestin

Shah Alam, Selangor  15 Feb 2009 – KESENGSARAAN yang dialami rakyat Palestin tidak terlepas daripada pandangan anak-anak remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun apabila guru-guru dan murid-muridnya bergandingan bahu dalam menyumbang dana untuk meringankan penderitaan mangsa kekejaman Zionist Israel di Semenanjung Gaza. Dalam suatu upacara ringkas semalam, Pengetua Puan Hajjah Nor Akmal Ismail menyerahkan sumbangan …

Iktibar Palestin Buat Remaja Sekolah

Iktibar Palestin Buat Remaja Sekolah

Banting, Selangor 12 Feb 2009 –  BETAPA mudahnya remaja-remaja Malaysia untuk memperolehi ilmu daripada guru di sekolah berbanding anak-anak remaja Palestin yang terpaksa menghadap bucu senapang Yahudi yang ingin menghalang mereka daripada pergi mendapatkan ilmu daripada guru. Murid-murid asrama di Sekolah Menengah Banting dipertontonkan dengan gambar tentang betapa zalimnya rejim Zionist Yahudi dalam menyekat berbagai …

46 Remaja Puteri Ikuti Program PESONA Tahap 2

46 Remaja Puteri Ikuti Program PESONA Tahap 2

Kem Bukit Lagong, Selayang 13 Februari 2009 – Seramai 46 orang remaja puteri dari Selangor telah berjaya mengikuti program PESONA Tahap 2 yang dikendalikan oleh HALUANITA. Program selama dua hari tersebut dikhususkan kepada alumni Kem Pesona Puteri Tahap 1 yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2008. Program tersebut disusun dengan aktiviti-aktiviti yang bertemakan kecemerlangan hidup. Seperti …