fbpx

46 Remaja Puteri Ikuti Program PESONA Tahap 2

46 Remaja Puteri Ikuti Program PESONA Tahap 2

46 Remaja Puteri Ikuti Program PESONA Tahap 2

Kem Bukit Lagong, Selayang 13 Februari 2009 – Seramai 46 orang remaja puteri dari Selangor telah berjaya mengikuti program PESONA Tahap 2 yang dikendalikan oleh HALUANITA.


Program selama dua hari tersebut dikhususkan kepada alumni Kem Pesona Puteri Tahap 1 yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2008.

Program tersebut disusun dengan aktiviti-aktiviti yang bertemakan kecemerlangan hidup. Seperti lazimnya, peserta disajikan dengan kuliah dan perbincangan motivasi sebagai kaedah memperbaiki diri. Antara subjek motivasi tersebut adalah mengenai kepentingan iman, konsel solat, pengurusan masa dan juga pengurusan diri. Penceramah-penceramah dari HALUANITA telah membantu mengendalikan kuliah, termasuklah Cikgu Nursarah, Ustazah Zaiemilia dan Prof Madya Dr Wan Muhaizan.

Aktiviti ‘Explorace’ menjadi tumpuan utama dan daya penarik dalam kem kali ini. Di samping ‘Explorace,’ aktiviti luar seperti flying fox, wall climbing, sudoku dan menjahit butang turut mendapat tarikan peserta.

Acara kemuncak program PESONA ini adalah sesi muhasabah yang telah dikendalikan oleh Dr Azizan Ahmad. Kaedah muhasabah di waktu malam yang menekankan aspek emosi dan spiritual telah dapat mencetuskan rasa kesedaran kepada setiap hadirin.

Kem Pesona Alumni ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan yang telah terjalin antara HALUANITA dengan para peserta. Kehadiran para peserta untuk menyertai sekali lagi Kem Pesona Alumni menunjukan tahap keyakinan peserta yang tinggi terhadap program anjuran HALUANITA sebelum ini.

Adalah menjadi harapan HALUANITA agar generasi remaja puteri ini mendapat kekuatan dan keyakinan untuk membentuk jatidiri mereka. Semoga program kali ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap Islam sebagai cara hidup yang lengkap dalam semua aspek.