fbpx

Berita

Karnival anti-penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok

Karnival anti-penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok

22 Jun 2009, Kuala Langat – Karnival anti-penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Karnival yang bermula dari jam 8:00 pagi hingga 5 :00 petang itu dipenuhi dengan beberapa sesi ceramah motivasi dan kaunseling. Program telah dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan …

Seminar akademik, profesional dan usahawan 2009 ketengahkan keseimbangan dalam mencapai kecemerlangan

Seminar akademik, profesional dan usahawan 2009 ketengahkan keseimbangan dalam mencapai kecemerlangan

Seminar Akademik, Profesional dan Usahawan (APU’09) telah berlangsung di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada dari 20 hingga 21hb Jun lalu dengan jayanya.  Seramai 92 orang peserta daripada pelbagai bidang dan profesyen dari seluruh negara telah hadir menyertai APU’09 ini. Hari pertama program ini adalah khusus untuk ahli-ahli Akademi Penyelidikan Haluan …

Futsal Remaja, Siswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani Jalin Ukhuwah

Futsal Remaja, Siswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani Jalin Ukhuwah

SUNGAI PETANI, 23 Jun 2009 — Kelab Remaja HALUAN (KeARAH,) HALUANSiswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal antara anak-anak muda penuntut IPT dan lepasan IPT di Pasaraya Billion di sini kelmarin. Perlawanan yang diadakan dari jam 9.00 hingga 10.00 malam tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran pemain dan penyokong dari pelbagai lapisan …

Rekreasi HaluanSiswa Nasional (REAKSI 09) memberi pengalaman baru kepada peserta

Rekreasi HaluanSiswa Nasional (REAKSI 09) memberi pengalaman baru kepada peserta

14 Jun 2009, Batu Maloi – Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HaluanSiswa) telah berjaya mengadakan program Rekreasi HaluanSiswa Nasional (REAKSI 09) dari 12 hingga 14 Jun lalu. Program yang diadakan di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Batu Maloi, Negeri Sembilan ini telah dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa yang datang dari seluruh pelusuk negara. Tema …

KKH jayakan Karnival Masyarakat Rantau Panjang

KKH jayakan Karnival Masyarakat Rantau Panjang

20 Jun 2009, Rantau Panjang, Kelang – Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) sekali lagi menaburkan bakti kepada masyarakat dengan menjayakan Karnival Masyarakat Rantau Panjang 2009. Seramai tujuh orang doktor ahli KKH telah terlibat di dalam program ini, yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh ADUN Rantau Panjang, …

HALUAN Charity Shop musnah dalam kebakaran

HALUAN Charity Shop musnah dalam kebakaran

18 June 2009, Shah Alam – HALUAN Charity Shop (HCS,) atau Kedai Amal HALUAN, telah hangus dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 3 petang semalam. Kebakaran yang dilaporkan merebak dari bangunan rumah sebelah kedai tersebut mengakibatkan kemusnahan secara keseluruhan, termasuk semua barang jualan. HCS adalah merupakan satu projek kelolaan Biro Ekonomi HALUAN yang bermula …

Kem Kreatif Remaja ke-13 Membina Kreativiti Remaja Utara

Kem Kreatif Remaja ke-13 Membina Kreativiti Remaja Utara

PENDANG, 12 Jun 2009 — Sesuai dengan tema program Kem Minda Kreatif (KMK) ke-13 iaitu “Remaja Ayuh Maju,” Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama HALUAN Kedah telah berjaya menganjurkan program yang dapat mendidik hati untuk generasi baru, yang berlangsung dari 9 hingga 11 Jun 2009. Kem ini disertai oleh seramai 131 orang peserta, terdiri 74 …

150 Hadiri Ceramah Kesedaran Palestin di Hospital Sultanah Bahiyah

ALOR SETAR, 11 Jun 2009 — Permasalahan Palestin terus menjadi agenda perjuangan yang dipelopori oleh HALUAN Malaysia melalui Biro HALUAN Palestin. Pengerusi biro, Tn Hj Noorazman Shamsudin telah menyampaikan ceramah Kesedaran Palestin di Hospital Sultanah Bahiyah pada 11 Jun yang lalu. Program anjuran HALUAN Kedah bersama Badan Kebajikan Pekerja Islam Hospital Sultanah Bahiyah (BALKIS) itu …

Perasmian mesyuarat perwakilan Haluan Malaysia ke-20

Perasmian mesyuarat perwakilan Haluan Malaysia ke-20

HALUAN Malaysia telah berjaya mengadakan mesyuarat perwakilan ke-20 di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini. Seramai 700 perwakilan dari seluruh negara berkumpul bagi menzahirkan ukhuwwah, mempereratkan tautan hati dan azam baru. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain juga turut dijemput dalam majlis perasmian itu. Mesyuarat perwakilan ini diadakan setiap tahun bagi memenuhi tuntutan berorganisasi secara formal, meningkatkan …

Lawatan Remaja Berintegriti Dedah Kehidupan Kampus

Lawatan Remaja Berintegriti Dedah Kehidupan Kampus

BANGI, 10 Jun 2009, — Seramai lebih 70 orang pelajar telah mendapat pendedahan awal kepada kehidupan di kampus dalam satu lawatan ke Kolej Za’aba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM,) Bangi. Lawatan yang dianjurkan oleh Kelab Guru HALUAN dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Pulau Pinang ini berlansung selama 4 hari, iaitu dari 6 hingga 9 Jun. Cikgu …