fbpx

Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj

Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj

Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj

KUALA PERLIS, 20 Julai 2009 — HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kuala Perlis telah berjaya mengadakan Program Kemasyarakatan Memakmurkan Masjid Sempena Sambutan Israk & Mikraj. Program yang dijalankan selama satu hari satu malam kelmarin turut mendapat sokongan dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Jabatan Pembangunan Wanita.


Menurut Timbalan Pengarah Program, Hj Khairul Anwar Hussain, objektif utama program ini diadakan adalah ke arah menginstitusikan masjid sebagai wadah pendidikan dan perpaduan. Selain itu adalah diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan dapat merapatkan jurang antara generasi tua dan muda ahli kariah masjid.

Pelbagai aktiviti menarik melibatkan para kariah Masjid Abu Bakar As Siddiq telah dijalankan. Di sebelah pagi, pertandingan mewarna dan Kotak Beracun telah dijalankan untuk anak-anak berumur dari 7 hingga 9 tahun. Adik-adik yang berumur dari 10 hingga 12 tahun pula turut mengikut pertandingan mewarna dan Pattern Puzzle. Seramai 150 adik-adik kariah masjid menyertai pertandingan tersebut. Aktiviti untuk para wanita dan ibu juga diadakan seperti pertandingan Kuih Kodok dan bertandingan gubahan berkumpulan. Program semakin hangat apabila anak-anak remaja puteri menyertai pula pertandingan membuat sandwich dan pertandingan kraf tangan. Para remaja putera telah berhimpun di padang Futsal bagi menyertai pertandingan Futsal Piala HALUAN. Pengajur juga turut mengadakan majlis sumbangan bantuan kepada anak-anak yatim. Di samping itu gerai jualan, pameran HALUAN dan KTD dan pameran AADK turut diadakan di perkarangan masjid. Khidmat kesihatan percuma anjuran Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dan Klinik Kesihatan Kuala Perlis turut diadakan dan mendapat sambutan meriah dari orang ramai.

Ceramah Kesihatan untuk warga emas bertajuk Mata dan Fungsinya oleh Dr. Noramazlan, ahli KKH Zon Utara telah berjaya menarik perhatian hampir 70 orang penyertaan. Buat pertama kalinya pasukan Khidmat Kesihatan Rawatan Mata HALUAN (IKRAM) telah diadakan. IKRAM adalah merupakan khidmat kesihatan perawatan mata percuma dengan kelengkapan alat moden pemeriksaan mata. IKRAM ini diketuai sendiri oleh Dr. Noramazlan, doktor pakar mata Hospital Kangar.
 


Kemuncak program adalah Kuliah Isra’ Mikraj yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Adi Ismail, Pengerusi Kelab Guru HALUAN Malaysia. Program telah dirasmikan oleh Pengarah Majlis Agama Islam Negeri Perlis, Hj Abdul Malik Bin Haji Hussin.