fbpx

Biro Ekonomi HALUAN lawat HPA Sg Petani

Biro Ekonomi HALUAN lawat HPA Sg Petani

Biro Ekonomi HALUAN lawat HPA Sg Petani

1 Julai 2009, Sungai Petani – Biro Ekonomi HALUAN telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pejabat dan kilang HPA Industries Sdn Bhd (HPA) di Sungai Petani. Ketua Biro Ekonomi, Hj Rosli bin Adam telah mengetuai seramai 20 orang ahli HALUAN dalam lawatan yang bermula dari jam 10:30 pagi tersebut.


Majlis di pejabat HPA bermula dengan tayangan video dan penyampaian kata-kata aluan. Pengarah Urusan HPA, Tn Hj Ismail bin Ahmad, telah meluangkan masa berkongsi pengalaman dan kisah suka-duka dan cabaran yang dilalui oleh beliau, sehingga kini mampu menjana pendapatan jualan sehingga RM20juta sebulan. Malahan, HPA menjangkakan dividen yang akan diterima oleh pelabur adalah sekitar 14 peratus.

HPA kini memiliki empat buah kilang yang serba moden, di samping mengusahakan ladang-ladang herba rossele, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik.

Menurut Tn Hj Ismail, semuanya adalah anugerah Allah kepada hambaNya yang sentiasa berusaha dan memberikan keutamaan kepada persoalan akhlak dan aqidah, seperti penekanan kepada membaca zikir dan doa al-mathurat setiap pagi dan berwuduk semasa bekerja. Beliau juga telah sudi mengadakan
sesi soal-jawab bersama peserta lawatan tersebut.

Rombongan HALUAN juga telah dibawa melawat kilang Cola Radix di kawasan perindustrian Sg Lalang di Sg Petani. Kilang tersebut mengeluarkan air minuman ringan berkarbonat yang mengandungi sinergi khas herba. Produk Cola Radix yang mengadungi tekanan gas sederhana dan gula yang rendah menjadikannya minuman pilihan alternatif yang sangat baik, sihat, halal lagi berkhasiat.

Alhamdulillah lawatan ke HPA ini dapat memberi ilmu dan motivasi yang sangat berguna kepada peserta lawatan.