fbpx

Karnival anti-penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok

Karnival anti-penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok

Karnival anti-penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok

22 Jun 2009, Kuala Langat – Karnival anti-penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang, Kuala Langat.


Karnival yang bermula dari jam 8:00 pagi hingga 5 :00 petang itu dipenuhi dengan beberapa sesi ceramah motivasi dan kaunseling.

Program telah dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Ketua Projek, Profesor Madya Dr Mohd Zamrin Bin Dimon. Sejurus selepas itu, Pengetua SMK Telok Panglima Garang, En. Nordin Saad menyampaikan ucapan penghargaannya. Acara-acara karnival bermula secara rasminya dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pengerusi Kelab Kesihatan HALUAN (KKH,) Dr Basir Towil.

Acara pertama bagi karnival ini merupakan sesi ceramah motivasi yang menyentuh isu bahaya rokok, alkohol dan dadah, yang telah disampaikan oleh Dr Ahmad Zabidin Zakaria. Pada masa yang sama, sesi kaunseling untuk pelajar bermasalah diadakan di bawah bimbingan Encik Syamil. Seramai 20 orang murid yang bermasalah dari pelbagai bangsa dan jantina dipilih untuk menjalani sesi ini.

Sementara itu sesi kaunseling untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dikendalikan oleh Hj Ibrahim bin Abd Rahman. Seramai 17 orang pelajar mengikuti sesi kaunseling ini.

Selepas rehat tengahari, karnival diteruskan dengan ceramah motivasi untuk pelajar sesi petang iaitu pelajar tingkatan satu. Manakala sesi kaunselling pula melibatkan pelajar dari tingkatan satu dan dua. Sesi kaunselling ini dibahagikan kepada dua bahagian; satu slot untuk Pembimbing Rakan Sebaya yang dibimbing oleh Tn Hj Ibrahim, dan satu lagi untuk pelajar-pelajar yang bermasalah yang dibimbing oleh En. Mohd Syamil.