fbpx

HALUAN Johor Giatkan Ceramah Kesedaran Palestin

HALUAN Johor Giatkan Ceramah Kesedaran Palestin

HALUAN Johor Giatkan Ceramah Kesedaran Palestin

JOHOR BAHRU, 22 Januari 2009 — HALUAN kini giat menggerakkan usaha memberi kefahaman permasalahan Palestin kepada masyarakat. Antaranya, aktivis-aktivis HALUAN mengadakah ceramah penerangan di surau-surau, masjid, jabatan-jabatan kerajaan, pejabat syarikat swasta dan juga sekolah. HALUAN merasakan satu perkara yang penting untuk masyarakat memahami isu Palestin kerana ia melibatkan pencabulan hak kemanusiaan yang sangat serius dan dahsyat, yang telah berlarutan sejak penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 lagi. Lebih-lebih lagi kepada umat Islam, kerana Palestin merupakan bumi yang mulia dalam Islam dan di situlah berdirinya Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis yang kini terancam kepada perancangan jahat Zionis.


HALUAN Johor turut mengadakan majlis ceramah yang bertajuk ‘Palestin – Allah Akan Soal Kita’ di Surau Taman Impian Emas, Johor Bharu. Ceramah yang bermula selepas solat maghrib tersebut telah disampaikan oleh Dr Mohd Arba’ai Shawal, selaku Setiausaha Sekretariat HALUAN Palestin. Majlis ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof Dr Mohd Hassan yang menyentuh tentang isu Palestin sebagai isu semua umat Islam.

Seramai 150 orang telah hadir mendengar ceramah dan memberi sumbangan. Sebanyak RM3,086 telah dapat dikumpulkan dari majlis tersebut.

Menurut Dr Mohd Arba’ai, wang sumbangan yang terkumpul akan terus disumbangkan kepada mengsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin. Beliau menambah, pasukan relawan HALUAN akan bertolak ke Gaza minggu depan. Difahamkan HALUAN bekerjasama erat dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan pergerakan relawan-relawan ke Gaza berjalan dengan lancar.