fbpx

HALUAN Johor Jayakan Pameran Sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia

HALUAN Johor Jayakan Pameran Sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia

JOHOR BAHRU, 29 April 2009 — Sambutan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan telah diadakan di Johor Bahru pada 28 April 2009 dengan tema ‘Pastikan kemudahan kesihatan selamat dan mampu menyelamatkan nyawa semasa krisis.’ Sambutan pada tahun ini telah dirasmikan oleh YB Dr Robaiah Bt Dato Hj Kosai selaku Exco Kesihatan dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor.


HALUAN telah diberi penghormatan untuk membuat pameran aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang telah diberikan semasa menghadapi bencana di dalam mahupun di luar negara. Ini adalah penghormatan yang julung-julung kalinya diberikan kepada HALUAN di peringkat kebangsaan dan khasnya di peringkat Negeri Johor.

Seramai 30 orang relawan HALUAN telah terlibat untuk menjayakan pameran ini. Ketua Pameran HALUAN yang juga mewakili YDP HALUAN Johor, Dr Baharuddin bin Suri, telah menyatakan rasa terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Johor yang telah memberikan peluang kepada HALUAN mempamerkan maklumat aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang telah dilaksanakan dalam menghadapi bencana di dalam dan luar negara. Beliau juga berharap agar HALUAN dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat dan koordinasi dengan Jabatan Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika menghadapi bencana di masa akan datang. Seramai lebih 500 orang telah mengunjungi pameran kesihatan ini.

YB Dr Robaiah sedang mendengar penerangan dari Dr Baharuddin Pengarah Hospital Melaka, Dr Dol Hadi, bersama Ketua Biro Bantuan Kecemasan dan Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Syed Haleem

Antara Jabatan dan NGO lain yang terlibat adalah dari Hospital Sultanah Aminah, Hospital Muar, Angkatan Tentera Malaysia (ATM,) Pagema, Jabatan Meteorologi, Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan beberapa agensi lain. Pengarah Hospital Melaka, Dr Dol Hadi, memuji akan kesunguhan HALUAN untuk berbakti kepada masyarakat walaupun tanpa bantuan dari Kerajaan.

Hadir sama di dalam majlis tersebut adalah wakil dari HALUAN Pusat iaitu Naib Presiden HALUAN, Profesor Dr Hakim bin Mohamad, Ketua Pemuda HALUAN, Hj Norazman Mohd Samsudin, dan Ketua Biro Kecemasan dan Bantuan Kemanusiaan, Dr Syed Haleem Al-Haddad. Dalam temubualnya bersama pemberita HALUAN, Profesor Dr Hakim telah melahirkan ucapan tahniah kepada HALUAN Johor kerana berjaya menyertai pameran tersebut. Menurut beliau, penyertaan dalam pameran seperti ini menjadi satu usaha yang sangat baik untuk memperkenalkan HALUAN kepada masyarakat.

Pengarah ESM Malaysia, Dato Dr Abu Hassan, turut hadirPengunjung ke ruang pameran HALUAN

Sepanjang tempoh pameran tersebut, seramai 30 orang yang telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan HALUAN. Majoriti  adalah merupakan para medik. Semoga dengan penyertaan mereka ini HALUAN akan dapat memperkemaskan lagi usaha bantuan kepada mangsa-mangsa bencana pada masa akan datang.

Laporan: Dr Mohd Arba’ai B Shawal, HALUAN Johor