Posts by: admin

Pelajar Tajaan HALUAN Sertai Kelas Bahasa

Pelajar Tajaan HALUAN Sertai Kelas Bahasa

BANDAR BARU BANGI, 17 Nov 2015 — HALUAN mengorak langkah dengan mengadakan kelas khas Bahasa Melayu untuk para pelajar Palestin di bawah tajaannya di Malaysia. Seramai lima orang pelajar berkenaan telah terlibat sejak 7 November lepas di Kolej Teknologi Darulnaim, Kuala Lumpur (KTD KL). Kelas ini diadakan sekali seminggu selama dua jam. Mengikut silibus yang …

7 Lulus Ujian Radio Amatur

7 Lulus Ujian Radio Amatur

BANDAR BARU BANGI, 17 Nov 2015 — Seramai tujuh orang relawan HALUAN telah lulus ujian tahap pertama sebagai pengguna radio amatur atau pun ham radio, enam bulan setelah mereka menjalani kursus asas untuk tujuan tersebut di Ibu Pejabat HALUAN di sini. Mereka adalah kumpulan pertama dalam sejarah NGO ini yang berjaya lulus ujian bertulis yang …

Hari Keusahawanan Sekolah Raja Muda Cakna Palestin

Hari Keusahawanan Sekolah Raja Muda Cakna Palestin

SHAH ALAM, 17 Nov 2015 — Jelas masyarakat Malaysia sentiasa peka dengan perkembangan nasib bumi dan rakyat Palestin, walaupun di peringkat sekolah sekalipun. Pada 14 November lepas, Biro HALUAN Palestin telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Raja Muda di sini untuk bersama mengadakan pameran dan jualan bersempena Hari Keusahawanan untuk FIT JUNIOR mereka. Hari Keusahawanan tersebut …

Jom Riadah Untuk Sihat

Jom Riadah Untuk Sihat

PASIR GUDANG, 17 Nov 2015 — HALUAN Johor telah mengadakan program riadah di Taman Rekreasi Tasik Perdana, Taman Bukit Dahlia pada 14 November yang lalu. Program ini melibatkan ahli-ahli HALUAN yang berada di daerah berdekatan seperti Ulu Tiram, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. Aktiviti ini bukan sekadar aktiviti riadah biasa malah seperti hari keluarga kerana …

Bakat Insan Gantian Modal di SEMAI 2015

Bakat Insan Gantian Modal di SEMAI 2015

BANDAR BARU BANGI, 16 Nov 2015 — Apa kata kalau istilah modal insan digantikan dengan “bakat insan” dalam melestarikan pencapaian yang lebih agung dalam penyelidikan dan kejayaan organisasi? Mantan Naib Canselor UTeM, Prof Dato’ Dr Ahmad Yusoff Hassan dalam ucaptama beliau semasa Seminar Pembangunan Modal Insan ke-7 (SEMAI VII) menyarankan cendekiawan, teknokrat dan ahli akademik …

HALUAN JB Anjur Bedah Buku Hartanah

HALUAN JB Anjur Bedah Buku Hartanah

TAMAN PULAI UTAMA, SKUDAI, 15 Nov 2015 — Ketibaan Cik Rohaniah Noor, seorang Perunding Hartanah yang semakin mendapat nama di negara kita, ke Pejabat HALUAN Johor Bahru disambut baik oleh para peserta ‘Sembang-Sembang Hartanah’. Tidak kurang juga para peserta yang mengambil peluang mendapatkan autograf beliau untuk disemadikan dalam buku nukilan Cik Rohaniah Noor sendiri yang …

TOP Orientasikan Kerjaya Pegawai Muda

TOP Orientasikan Kerjaya Pegawai Muda

BANDAR BARU BANGI, 14 Nov 2015 — Satu program yang dianjurkan khusus oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) untuk membimbing pelajar tahun akhir dan graduan pasca-siswazah (HO, FYDO, PRP) yang mengambil jurusan kedoktoran, pergigian dan farmasi telah berjaya dilaksanakan buat pertama kalinya. Program yang diberi nama ‘Transition Orientation Program’ (TOP) ini direka khas untuk memperkenalkan sistem …

Pasukan HALUAN Selamat Tiba di Kabul

Pasukan HALUAN Selamat Tiba di Kabul

KABUL, AFGHANISTAN, 12 Nov 2015 — Dua sukarelawan HALUAN yang berlepas ke Afghanistan dalam misi bantuan kemanusiaan gempa bumi yang berlaku 26 Oktober lepas telah selamat tiba di ibu negara berkenaan setelah menempuh perjalanan hampir 24 jam dari Malaysia. Pasukan HALUAN yang menyertai gabungan NGO-NGO Malaysia tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang K. Rawash, Kabul …

Lawatan Rasmi HALUAN Johor Ke YADIM Zon Selatan

Lawatan Rasmi HALUAN Johor Ke YADIM Zon Selatan

JOHOR BAHRU, 13 Nov 2015 — Sekali lagi HALUAN Cawangan Johor telah melangkah satu tapak kehadapan membina hubungan kerjasama dengan sebuah agensi kerajaan yang menonjol dengan pelbagai gerak kerja dakwah di Malaysia pada 11 November 2015 yang lalu. Lawatan Rasmi HALUAN ke Pejabat Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Zon Selatan di Tampoi, Johor telah disambut …

YoungStars (STAR!) Cabar Kreativiti Anda

YoungStars (STAR!) Cabar Kreativiti Anda

BANDAR BARU BANGI, 12 Nov 2015 — YoungStars Annual Gathering (STAR!) 2015 akan mengumpulkan para remaja lelaki dan perempuan dari seluruh pelusuk negara pada 5 Disember nanti. Ia usaha sama HALUAN dengan Masjid Putra, Putrajaya. Program sehari suntuk yang akan diadakan di Masjid Putra bertemakan “Mencorak Generasi Melalui Akhlak Terpuji” ini terbuka kepada remaja yang …